Wednesday, August 26, 2015

Derita Lara Seorang Penyair



Derita Lara Seorang Penyair..
Selamat membaca. ;)

Pada zaman dahulu, di sebuah negara air tinggal seorang penyairdengan isteri dan seorang anak perempuannya. Dia ialah seorangpenyair yang terkenal dengan kebijaksanaannya. Dia amat disenangi oleh semua penduduk di negara air. Namun, negara air diperintah olehseorang raja yang kejam dan zalim. Suatu hari, raja yang berniat jahat ini memberi perintah kepada penyair supaya menulis sebuah puisi kesedihan atau ratapan. Sekiranya dia tidak berjaya menghasilkan puisi itu, dia akan dipancung. Tidak pernah mengenal erti kesedihan, penyairitu tidak mampu menulis puisi itu. Setiap hari dia mencuba untuk menulis, namun tidak berjaya. Melihat keadaannya itu, isterinya memutuskan untuk memperlihatkan kepadanya kesedihan dengan cara yang sangat dramatik iaitu dengan menghunus pisau ke dadanya sendiri. Penyair itu melihat isterinya membunuh diri di hadapannya yang akhirnya menjadikanpenyair itu memahat kemurungan. Dia berjaya menghasilkan sebuah puisi ratapan dan membacakan puisi itu kepada raja yang kejam dan zalim.Raja itu tidak dapat menanggung derita mendengarnya yang akhirnya membawa kepada kematian raja. Dan kemudian, setiap haripenyair itu membaca puisi tersebut yang menjadikan seluruh negara dalam keadaan kemurungan. Selepas beliau meninggal dunia, penduduk menarik nafas lega. Sehinggalah anak penyair menggantikan tempat ayahnya untuk membaca puisi. Sejak itu, setiap sepuluh tahun seoranggadis yang baru dipilih untuk membaca puisi harian supaya bandar itu tidak pernah lupa akan kesedihan yang ditanggung oleh penyair.

Gambar : Google Images

0 comments:

Post a Comment