Sunday, August 30, 2015

Perahu Timun Iban : Watak dan Perwatakan Aki Suki


Perahu Timun Iban : Watak dan Perwatakan Aki Suki

Di dalam cerita Perahu Timun Iban, Aki Suki digambarkan sebagai watak utama dan protagonis.Berusia dalam lingkungan 70-an, Aki Suki mempunyai seorang isteri yang bernama Ini Suki.Aki Suki dan Ini Suki mempunyai seorang anak perempuan bernama Suri. Suri ialah satu-satunya anak mereka. Kematian Suri setelah meminum racun akibat perbuatan Sempurai yang menggilai perempuan lain telah memberi kesan yang amat besar kepada Aki Suki dan Ini Suki.Aki Suki amat kehilangan Suri. Kematian Suri adalah kerana perbuatan Sempurai.Aki Suki sedaya mampu menahan kesedihannya sewaktu hari pengebumian Suri. Sempurai memeluk kaki Aki Suki sambil menangis dan meraung.Dia meminta ampun di atas segala dosa yang telah dia lakukan kepada Suri. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bencinya Aki Suki kepada Sempurai. Kalau dia tidak mampu menahan rasa marahnya pada hari itu,sudah pasti dibunuhnya Sempurai. Namun, Aki Suki juga seorang pemaaf.Perasaan marahnya kendur terhadap Sempurai apabila melihat Sempurai sudah menjadi tidak siuman setelah kematian Suri.Sempurai ketawa, menangis, dan bercakap sendirian.Lama-kelamaan dia simpati melihat Sempurai. Dia akhirnya membawa Sempurai berubat dengan Aki Kilat, seorang manang atas cadangan Apai Kelabu.Dalam kerasnya hati Aki Suki wujud juga kelembutannya. Apa yang menjadi sebab Aki Suki mampu memaafkan Sempurai hanyalah satu, iaitu Suki.Aki Suki tidak mampu menahan kesedihannya ketika melihat wajah Suki.Di wajah Suki terpancar kasih sayang dan pengorbanan Suri. Sukilah satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh Suri kepadanya. Suki suka sangat makan timun iban bergaul garam kasar. Apa yang ditunggu oleh Suki ialah perahu timun iban iaitu timun yang dikeluarkan isinya dan membentuk seperti perahu.Aki Suki senyum sendiri melihat Suki tidak sabar-sabar menanti perahu timun iban.Di sini jelas sifat penyayang dan ambil berat dalam diri Aki Suki.Aki Suki tidak mahu menghampakan harapan Suki walaupun hanya cuma perahu timun iban.Aki Suki juga mengharapkan kepulangan Sempurai setelah lelaki itu lama tidak balik ke kampung menjenguk Suki setelah mendapat pekerjaan di bandar.Sekali lagi air matanya menitis mengenangkan sikap Sempurai.Aki Suki ditegur oleh Suki.Aki Suki cuba menyembunyikan keadaan.Jelas di sini Aki Suki tidak mahu Suki melihat kesedihan di wajahnya. Biarlah Suki dilimpahi rasa gembira tanpa perlu berfikir apa-apa yang merunsingkan hati. Itulah Aki Suki, seorang tua yang sentiasa tabah dalam hidupnya dan sedaya mampu menyembunyikan kesengsaraan.Seluruh hidupnya kini adalah untuk Suki, biarpun suatu hari nanti Suki akan meninggalkannya kerana dia tetap menunggu meski esok bukan miliknya.Adakah watak Aki Suki akan dimatikan akhirnya untuk menamatkan penderitaannya? Nantikan fragmen terbaru Perahu Timun Iban. ;)

Seorang tua dalam gambar.Gambaran penulis tentang Aki Suki.Sekadar gambar hiasan.

Friday, August 28, 2015

Boneka Untuk Cikgu.Sipnosis.

Boneka Untuk Cikgu

Boneka Untuk Cikgu
Sipnosis : Boneka Untuk Cikgu. Boneka Untuk Cikgu mengisahkan tentang seorang guru muda yang dihantar bertugas ke sebuah kawasan pedalaman. Di sana, dia bertemu dengan seorang murid yang gagap dan istimewa. Dan kerana kegagapannya dia menjadi pendiam akibat malu diejek oleh kawan-kawannya. Keadaan keluarga murid itu juga tidak menentu. Ayahnya seorang pemabuk dan sering memukul ibunya. Bagaimana guru muda ini dapat membantu murid ini? Semuanya dalam Boneka Untuk Cikgu. Bonek
a Untuk Cikgu sarat dengan nilai murni dan pengajaran. “Silap seorang seorang doktor, mati seorang pesakit. Silap seorang guru, musnah satu generasi.”Kepada semua guru, nantikan cerita ini. Akan menemui anda esok. Selamat membaca.
p/s : A good teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning.


Thursday, August 27, 2015

Manusia (Dalam Lingkungan Kesedarannya)

Manusia

Manusia 
( Dalam Lingkungan Kesedarannya)

Manusia,
Dalam lingkungan kesedarannya,
Terkadang lupa saat derita,
Tatkala senyum seikhlasnya,
Menguntum rela di bibir.

Manusia,
Dalam lingkungan kesedarannya,
Terkadang lupa saat bahagia,
Tatkala ketar jemarinya,
Menahan hati yang rawan.

Manusia,
Dalam lingkungan kesedarannya, 
Walau tidak mampu menahan waktu,
Walau tidak mampu memutar sejarah,
Tetap mendansakan penanya,
Dan sedaya mencantum kembali,
Retak fragmen kehidupan,
Demi memahat memori terindah,
Dalam diari sejujur peribadi.

Manusia,
Dalam lingkungan kesedarannya,
Terkadang lena dalam jaga.
Kau?

Am Nass, 28.3.2014



Biri-Biri Mimpi

Biri-Biri Mimpi
Biri – Biri Mimpi. Kepasrahan hati dalam lena yang sejenak.

Biri-Biri Mimpi
Antara tidur dan jaga,
Sedayaku memejamkan mata,
Kerna malam ini,
Harusnya sarat dengan mimpi,
Jiwa yang berilusi,
Mengira sang biri –biri,
Melompat pagar hati,
Yang terkesan oleh rasa,
Dalam kantuk menanti lena.

Kasih hadirlah,
Dalam lena yang sejenak,
Walau rindu sudah menjauh,
Dan bulan tidak lagi bersinar,
Bintang pula berguguran jatuh,
Hanya dingin menggigit tubuh,
Menemani malam yang panjang.

Sesungguhnya,
Aku tidak berdaya menangis lagi,
Kerna kolam mataku sudah lama kering,
 Dan sesungguhnya juga,
Aku tidak mampu mengharap lagi,
Kerna doaku sudah pun habis.

Tidak mengapa,
Pergilah, aku merelakannya,
Walau degup jantung ini,
Akan terhenti buat selamanya,
Sehabis kuhitung  biri – biri mimpi.

Biri – biri mimpi,
Kau tidak melompat lagi?

Am Nass, 19.12.2013



,






Simfoni Dari Kejauhan (Cinta Kita?)

Simfoni Dari Kejauhan

Simfoni Dari Kejauhan
(Cinta Kita?)

Aku pernah tiba,
Di suatu daerah sepi,
Jauh di dasar hati,
Berdiriku di titian waktu,
Menanti angin rindu,
Membawa pesan kalbu,
Dan,
Akulah jua menggumam rasa,
Dalam jiwa letih meronta,
Saat bibir terkunci rapat,
Khabar tidak seindah rasa,
Deminya aku terpaksa,
Menyusun semula fragmen kenangan,
Mencantum retak mimpi semalam.

Akulah pelukis deritalara,
Sedayanya aku cuba mewarna,
Mencorak kasih di kanvas putih,
Mendengar cerita dari penyair,
Dan juga pengetuk arca,
Tentang sepasang kekasih,
Mematerikan cinta sehening malam,
Dalam simbah cahaya rembulan.

Kau dan aku,
Kisah kita berbeda,
Tidak seperti musim semi,
Saat cinta berbunga harum,
Kau dan aku,
Seperti saling membelakangi,
Dipisahkan oleh tembok egois.

Simfoni dari kejauhan,
Hanya itu yang mampu kualun,
Kerna cinta kita,
Jauh tiada taranya,
Dekat tidak bersatu.
Selamanya?

Am Nass, 4.12.2013.












Cinta Adalah...(Cintaku Ibarat Nota Muzik)

Cinta Adalah
Cinta Adalah...
(Cintaku Ibarat Nota Muzik)

Aku masih teringat,
Di kala senja itu,
Saat mentari melabuhkan tirai,
Deburan ombak
Sekawan camar pulang petang,
Dan angin memesrai lembut,
Wajahmu yang ayu,
Sedang kau mengatur hujung rambut,
Sempat kau melirik manja kepadaku,
Menghadiahkan senyuman paling manis,
Hatiku tersentuh dan teruntun,
Dan kau tertawa kemudiannya,
Menampakkan baris gigi yang tersusun rapat,
Dan lesung pipimu terserlah,
Dan aku, dalam segan,
Membalas tawamu itu,
Sejenak kita berpandangan,
Dan saling memaknakan renungan.

Aku masih teringat,
Di kala petang itu,
Duduk- duduk kau dan aku,
Di atas hamparan rumput menghijau,
Aku memetik gitar, menyanyikan lagu,
Dan kau menutup matamu,
Menghayati “My Magical Journey”,
Yang liriknya dikarang olehmu,
Dan melodinya disusun olehku,
Dan sejenak aku,
Cuba menggambarkan fikiranmu,
Apakah getar yang aku rasakan itu,
Senadakah ia dengan jiwamu?
Sesaat itu kau membuka matamu,
Memandangku dengan rela,
Dan kau akhirnya tertunduk malu,
Lalu aku menghentikan petikan gitar,
Oh, Tuhan! Adakah gadis ini mencintaiku?

Aku masih teringat,
Semua kenangan itu,
Walau kini kita berjauhan,
Dan tiada lagi pesan,
Namun gitar tetap kupetik,
Dan lagu tetap kunyanyikan,
Jadilah ia satu simfoni,
Simfoni dari kejauhan,
Kerana cintaku untukmu,
Adalah ibarat nota muzik.

Dan, aku pasti,
Suatu hari nanti,
Kita akan menghiasi semula laman,
Yang telah lama kita tinggalkan,
Dan, kau...
Akan kembali, bukan?

Am Nass, 7.12.2013
p/s: Nantikan kehadiran cerita Cinta Adalah... (Cintaku Ibarat Nota Muzik)...Cerita yang penuh dengan pengharapan ini ;)


Sakura Hanami (Cinta Musim Semi)



Sakura hanya berbunga tujuh hari setahun.Hanya selama itukah cinta kita?
Di musim semi ini, aku titipkan kau sebuah puisi.Agar bisa kau kenang diriku dalam kerinduan yang sekejap.Tika habis diriku dimamah rindu, lemparlah senyummu lewat angin.Tika kau merasa kehilangan, saat itu aku sudah tiada di sisimu...

Sakura Hanami
(Cinta Musim Semi)

Gadis berkimono bersimpuh tertib,
Jemari halusnya membancuh teh hijau,
Gunung Fuji memutih,
Sakura ditiup angin,
Berguguran jatuh,
Ke dalam cawan kecil berisi sake.

Seorang anak kecil,
Berlari riang dan tertawa,
Di rumput menghijau ditemani ayahnya,
Seorang gadis menulis diari,
Dipayungi pohon meredup.

Aku masih ingat lagi,
Saat terindah itu,
Ketika aku duduk di hamparan tikar,
Kau dengan baju merah jambu,
Cuba mengusik dengan menarik rambutku,
Dan kemudian kau berlari-lari,
Menyembunyikan dirimu,
Di sebalik pohon sakura yang mekar,
Hatiku teruntun,
Dengan senyuman paling manis,
Yang kau lemparkan lewat angin.

Sayonara kasihku,
Kau membisik lembut di kupingku,
Pada suatu petang itu,
Adakah ia suatu ucapan selamat tinggal?
Dan kau dalam genang mata berkaca,
Mengangguk perlahan dan tertunduk,
Aku cuba menyeka mutiara,
Yang gugur di kelopak,
Akhirnya aku tahu,
Waktunya sudah tiba,
Untuk kau pergi meninggalkanku.

Sakura Hanami,
Cinta musim semi,
Segalanya tinggal memori,
Namun aku tetap menunggu,
Sakura kembali berbunga,
Kerana kau,
Akan kembali, bukan?
Dan aku tetap berharap,
Kita akan kembali menghias laman,
Yang telah lama kita tinggalkan.

Am Nass. 9.12.2013.
Sapporo-shi, Hokkaido, Japan.








Zaman-Zaman Keriangan (Warna Sari Kehidupan)



Aku tulis sajak ini pada tahun 1999...
Masuk majalah sekolah waktu itu.
Aku memang minat sajak ini, sebab ia menjelaskan peringkat kehidupan kita sebagai manusia. Terimalah Zaman-Zaman Keriangan (Warna Sari Kehidupan) ;)

Zaman-Zaman Keriangan (Warna Sari Kehidupan)

Tanah lapang di belakang rumah
Pernah jadi arena rakan sepermainan
Bermain guli dan tikam selipar
Diseri tempik sorak, derai tawa
Sesekali menangis guli pecah
Lebihnya suka orang lain kalah
Zaman yang penuh keriangan
Suatu waktu anak-anak hingusan.

Petang-petang begini
Siap sudah ketul-ketul batu
Kayu bercabang terselit kemas
Antara seluar getah dan punggung berisi
Tempatnya di hutan tebal menjejak
Jauh tidak dari tanah lapang
Jenis apakah bertuah ini kali?
Zaman yang penuh keriangan
Suatu waktu hendak akil baligh.

Di bangku kayu di bawah pohon sena
Duduk-duduk merpati dua sejoli
Beg, buku-buku dan alat tulis tumpang sekaki
Tunggu dulu nanti ulang kaji
Kerana ini masa untuk bermadah
Ini masa untuk pantun seloka
Zaman yang penuh keriangan
Suatu waktu sudah masuk remaja.

Sabtu pagi yang tenang dan damai
Hari terindah alam dewasa
Mengekal bahagia menguji hati
Tika saat-saat mendatang
Perasaan tiada terbayangkan
Bila mendengar tangisan pertama
Kini sudah bergelar ayah
Kini sudah bergelar ibu
Zaman yang penuh keriangan
Suatu waktu sudah berumahtangga.

Zaman-zaman keriangan
Yang tetap diingati sememangnya
Mengajar erti masa kerinduan
Di kala sepi begini; permata hati di perantauan
Saat diri dimamah usia
Mampukah diulang lagi?

Zaman-zaman keriangan
Warna sari kehidupan
Hadirnya hanya sekali.

Indera A.N. 1999

Titis Gerimis (Pernahkah Kau Melihat Hujan?)


Titis Gerimis.Gerimis bagai mutiara. Selamat membaca ;)

Titis Gerimis
(Pernahkah Kau Melihat Hujan?)

Titis gerimis,
Pernahkah kau melihat hujan?
Saat gugurnya membasah bumi,
Mutiaranya menumpang di daun,
Jernih ; seasli dirinya,
Malu dan terketar melihat mentari,
yang bersinar lembut.
Perlahan menghilang, dan awan kembali tersenyum.
Mewarna pelangi...

Titis gerimis,
Pernahkah kau melihat hujan?
Saat gugurnya membasah bumi,
Mutiaranya jatuh di telapak tangan,
Sejuk dan hangat kemudiannya,
digenggam perlahan.
Dingin udara mendamaikan,
Seorang anak kecil yang menanti
ayahnya pulang.

Titis gerimis,
Pernahkah kau melihat hujan?
Saat gugurnya membasah bumi,
Mutiaranya jatuh menimpa rambut,
Perlahan diusap dan mendongak,
Rintiknya jatuh ke muka,
Dibiarkan sahaja ; rasa ingin
melepaskan semuanya.
Beban dan tekanan...

Maaf teman,
Kerana selama ini tidak pernah
cuba untuk memahami,
Tidak pernah cuba untuk mengerti,
Akan rendahnya hati,
Dan akhirnya aku tersedar,
Hatiku menangis,
Sesudah gerimis.

Am Nass, 28.3.2014
 

Wednesday, August 26, 2015

Cinta Adalah.Sipnosis 1



Cinta Adalah...(Love Is)~ Sipnosis 1
Cinta Adalah... (Love Is...) ialah sebuah cerita yang berkisar tentang cinta dan persahabatan. Cinta Adalah... atau tajuk asalnya Cinta Adalah : Buat Apa Saja Yang Difikirkan Perlu ditulis kerana aku merasakan cinta dan persahabatan ibarat ikatan yang tidak terpisahkan. Dalam Cinta Adalah...(Love Is...),watak utama dipegang oleh Erin Erina dan Vincent Tan. Erin Erina asalnya ialah seorang gadis yang ceria dan suka berjenaka serta tidak pernah lekang dengan senyum tawa dan usik manja. Seorang yang meminati muzik dan mahir menggunakan gitar akustik. Baginya, setiap manusia ada cara untuk meluahkan perasaan dan Erin Erina menemukannya dalam bait-bait lagu.Sewaktu di sekolah menengah, Erin Erina telah menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “My Magical Journey” . “My Magical Journey” dihasilkan dengan bantuan Vincent Tan. Vincent Tan ialah ketua pancaragam dan konduktor koir di sekolah. Vincent Tan, lelaki Cina yang aktif bermuzik ialah seorang yang naif dan lurus. Tidak banyak bercakap, namun dialah pencetus idea muzikal di sekolah sehingga digelar Maestro Vincent. Boleh bermain hampir kesemua alat muzik, namun lebih meminati biola. Vincent Tan menyimpan perasaan terhadap Erin Erina dan tertarik kepada gadis itu buat pertama kalinya apabila Erin Erina berpindah ke sekolah tersebut. Apa yang membuatkan Vincent Tan tertarik ialah Erin Erina telah membawa gitar akustik bersama dengannya dan menyanyikan sebuah lagu yang berjudul “Nice To Meet You” sebagai salam perkenalan buat rakan-rakan. Persembahan Erin Erina mengagumkan semua orang. Cikgu Gordon, guru kelas dan juga guru muzik terpegun dengan bakat yang ada pada Erin Erina. Cikgu Gordon mencadangkan Erin Erina untuk menyertai Kelab Muzikal Sekolah tetapi Erin Erina menolak dengan alasan dia ingin bebas bermuzik dan tidak mahu terikat dengan Kelab Muzikal Sekolah. Cikgu Gordon terkilan dengan jawapan Erin Erina namun menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Jawapan Erin Erina itu menyebabkan Vincent Tan hampa kerana dia ialah Pengerusi Kelab Muzikal Sekolah dan tentunya keputusan yang dibuat oleh Erin Erina menyukarkannya untuk mendekati gadis itu.Tapi, bagaimana akhirnya mereka boleh menghasilkan “My Magical Journey” bersama?

Gambar ; Google Images

Aishar Atsemes.Fragmen 1-2

Momen Uannum Namron dan Lehcim : Aishar Atsemes~(Fragmen 1 – Fragmen 2)

Aishar Atsemes...
“Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah realiti. Esok adalah misteri...”

Aishar Atsemes~(Fragmen 1 – Fragmen 2)
Aishar Atsemes~ Fragmen 1
Socram Gnapel, Maharba Gnareyn, dan Ynnor Iaregetnom ialah tiga orang adik-beradik yang berasal daripada sebuah keluarga petani yang miskin. Pada suatu hari, seorang pengembara bernama Uannum Namron telah ditemui pengsan di hadapan pondok rumah mereka akibat dahaga dan kepenatan.Dia telah dirawat oleh ayah mereka.Setelah sembuh,Uannum Namron membalas jasa dengan membantu mereka bertani.Socram, Maharba, dan Ynnor amat suka bergaul dengan Uannum Namron dan begitu juga dengan Uannum Namron. Dia amat menyenangi keluarga itu.Sampai masa, Uannum Namron menyatakan hasrat untuk menyambung pengembaraannya. Malam itu, ayah mereka telah bermimpi didatangi oleh seorang lelaki tua.Lelaki tua itu berkata bahawa ketiga-tiga anaknya perlu mengikut Uannum Namron mengembara.Lelaki tua itu memberitahu lagi yang Uannum Namron bukan seorang pengembara biasa tetapi dialah yang akan membuka takdir ketiga-tiga anaknya.Mimpi itu amat mengejutkan ayah mereka dan menceritakan mimpi itu kepada ibu mereka. Ayah mereka berhasrat untuk memberitahu Uannum Namron akan perkara itu, tetapi dihalang oleh ibu mereka dengan alasan Uannum Namron tidak akan bersetuju untuk membawa ketiga-tiga anak mereka bersamanya.Ibu mereka berkata hanya ada satu jalan sahaja, iaitu kedua-dua mereka lari meninggalkan ketiga-tiga anak mereka secara senyap.Ayah mereka terkejut dengan kata-kata ibu mereka.Dia tidak menyangka ibu mereka sanggup berkata begitu.Namun, ibu mereka menjelaskan jika benar Uannum Namron akan membuka takdir ketiga-tiga anak mereka, maka keputusan itu perlu diambil walaupun amat berat.Dan, saat Uannum Namron dan ketiga-tiga anak itu sedang tidur, ayah dan ibu mereka meninggalkan tempat itu. Ibu mereka sempat mengucup dahi ketiga-tiga anaknya.Dia berasa amat sebak.Saat itu, air matanya mula menitis namun ditahannya untuk menangis kerana tidak mahu ketiga-tiga anaknya tersedar. Pagi itu, Uannum Namron bangun seperti biasa. Namun, dia sedikit hairan, kerana tidak dikejutkan oleh ayah mereka.Tiba-tiba, dia terdengar suara Socram dari dalam.Kemudian berbalas dengan suara Maharba.Tidak lama, dia terdengar Ynnor menangis.Uannum Namron semakin kehairanan sehingga Socram keluar mendapatkannya dan memberitahu kedua-dua ibu bapa mereka tiada di situ. Uannum Namron terdiam.Dia berdiri kaku.Seperti dia juga memahami sesuatu, sebenarnya. Hakikatnya, dia telah lama didatangi oleh seorang lelaki tua dalam mimpinya iaitu Lehcim yang memberitahu bahawa akan ada tiga orang anak lelaki milik keluarga petani yang miskin akan diajari olehnya nanti.Namun, kebaikan keluarga itu menahan Uannum Namron tinggal lebih lama di situ. Itulah takdir Uannum Namron.Dan kini Uannum Namron akan membuka takdir ketiga-tiga anak itu. Bersambung Fragmen 2~

Aishar Atsemes~Fragmen 2
Uannum Namron ialah seorang pemuda yang berusia 24 tahun. Dia ialah anak kepada seorang tukang kayu yang bernama Semaj Hpesoj. Sejak dari kecil lagi Uannum Namron telah diajar oleh ayahnya seni pertukangan. Semaj Hpesoj berharap agar suatu hari nanti Uannum Namron boleh menggantikan tempatnya. Ketika berusia 10 tahun, ibunya Yma Yram telah diserang penyakit batuk kering. Semaj Hpesoj telah membawa seorang tabib iaitu Yak Gniy datang ke rumahnya untuk merawat isterinya. Yak Gniy memberitahu bahawa penyakit isterinya itu sukar untuk diubati melainkan dengan adanya air rebusan rukec. Rukec ialah sejenis tumbuhan herba yang amat jarang didapati melainkan hanya terdapat di hutan Aiag. Yak Gniy memberitahu lagi bahawa tiada siapa yang berani pergi ke hutan Aiag kerana hutan Aiag dijaga oleh seekor binatang buas yang dipanggil Sanag. Sanag dikatakan binatang buas yang boleh berkata-kata dan memperdaya manusia. Sebelum sesiapa boleh membawa pulang sesuatu dari hutan itu, Sanag akan meminta manusia menjawab teka-tekinya. Sekiranya gagal menjawab, Sanag akan membunuh mereka dengan kejam sekali. Jantung, hati, paru-paru, dan segala isi perut akan dikeluarkan oleh Sanag dan dilapahnya mentah-mentah. Kepala pula akan diikat dan digantung di atas pokok Gnapat. Semaj Hpesoj mendengar penjelasan Yak Gniy dalam ketar namun wajahnya masih tenang. Yak Gniy bertanya kepada Semaj Hpesoj adakah dia berani untuk pergi ke hutan Aiag untuk mendapatkan rukec.Semaj Hpesoj memberitahu sekiranya hanya air rebusan rukec yang dapat menyembuhkan isterinya, dia sanggup untuk pergi ke hutan Aiag. Yak Gniy tidak berkata apa lagi. Sebelum Yak Gniy meminta diri untuk pulang, dia berpesan kepada Semaj Hpesoj iaitu sekiranya Semaj Hpesoj berjaya mendapatkan rukec dia mesti segera pulang dan tidak boleh menoleh ke belakang. “Ingat, Semaj. Walau apapun yang awak dengar dan rasa, jangan sekali-kali menoleh ke belakang. Terus pulang sehingga awak selamat sampai di rumah.” Semaj Hpesoj memandang wajah Yak Gniy, kemudian dia mengangguk perlahan.
Nantikan sambungannya di Fragmen 3...

Foto : Gambar Hiasan (Google Images)
Uannum Namron, Lehcim dan Maharba Gnareyn

Dendam Kubur 2.Fragmen 1



Cerita baru daripada saya. Mengisahkan seorang tua bernama Tok Karim dan seorang wartawan bernama Abny.Saya pernah menulis tentang Tok Karim dan Abny sewaktu di Tingkatan Tiga dan dimasukkan dalam majalah sekolah. Tajuknya pada masa itu ialah Dendam Kubur.Namun sekarang, Abny sudah dewasa dan menjadi seorang wartawan. Tok Karim pula sudah tidak menghalau hantu lagi. Masa berlalu, dan kini Abny kembali ke Desa Pantai Melati untuk berjumpa dengan Tok Karim. Walaupun mereka berl...ainan bangsa, namun Abny sudah biasa dengan budaya Melayu. Pertemuan semula ini pastinya mengimbau kenangan lama. Terlalu banyak pengalaman Abny bersama Tok Karim.Bagaimana Abny hampir-hampir kehilangan nyawa dalam Dendam Kubur. Namun itu kisah lama. Kini, dua watak ini dipertemukan semula di Desa Pantai Melati. 

Dendam Kubur 2. Fragmen 1 Petang itu agak mendung. Angin berpuput lembut memesrai daun di pohon.Tidak lama lagi burung akan pulang ke sarang. Mentari tidak memancar cerah, cahayanya dilindungi oleh awan yang sedikit kelabu. Awan pula berarak perlahan. Di bendang, kelihatan beberapa orang petani sedang bersiap sedia untuk pulang. Mereka mengemaskan peralatan menuai. Seorang anak kecil berlari ke arah ibunya. Ibunya menjerit kepada anak kecil itu. Memintanya supaya tidak berlari. Takut-takut tersadung. Anak kecil itu memperlahankan lariannya, dan kemudian berhenti berlari. Dia berjalan perlahan menuju ibunya. Anak kecil itu memperkatakan sesuatu kepada ibunya. Ibunya kemudian mengusap wajah anak kecil itu. Anak kecil itu dan ibunya berjalan pulang. Sawah padi yang menguning. Di belakangnya pula, terdapat sebuah bukit. Nun di hujung kampung, terdiri sebuah rumah yang sudah agak lama binaannya. Seorang lelaki tua sedang duduk-duduk di luar pintu. Garis usia jelas kelihatan di wajahnya. Melihat kepada wajah itu, dia seperti berusia dalam lingkungan 60an. Di jemarinya terselit sebatang rokok. Rokok itu itu dihisapnya dalam-dalam, dan kemudiannya dihembus perlahan. Di memandang jauh, seakan mengingat semula kenangan lama. Fragmen-fragmen kenangan mula bermain di mindanya. Sejenak, dia teringat semula pengalamannya bekerja sebagai seorang penghalau hantu. Terlalu banyak cabaran yang dihadapinya. Ada satu yang tidak pernah dilupakannya. Bagaimana pekerjaannya itu hampir meragut nyawa seorang anak remaja. Seorang anak remaja penakut yang pernah tinggal bersama dengannya. Dia cuba mengingat kembali wajah anak remaja itu. Bersih sahaja wajahnya. Dia juga seorang anak yang sopan. “Abny...,” lelaki tua itu tiba-tiba tersebut nama anak remaja itu. Tidak lama, mata lelaki tua itu genang berkaca. Dia berasa sebak tiba-tiba. Dalam diam, dia berasa bersalah kepada Abny. Berasa bersalah juga kepada kedua orang tua Abny. Nyawa Abny hampir melayang malam itu. Sekiranya lelaki tua itu tidak bertindak cepat, Abny sudah mati dibunuh oleh hantu kubur. Abny, anak remaja yang penakut tetapi sentiasa ingin bersama dengannya. Lelaki tua itu mengusap wajahnya. Rokok sudah setengah dihisap. Seperti kebiasaannya, tidak akan habis dihisapnya sebatang. Selalu begitu. Namun, kali ini dia menghabiskannya. Dia ingin menenangkan diri. “ Tok, suatu hari nanti saya akan kembali berjumpa dengan Tok,” kata-kata Abny terngiang-ngiang di kepalanya. Dan, janji anak remaja itu digenggamnya sehingga kini. Abny, di mana kau sekarang, nak? Kata lelaki tua itu dalam hati.Lelaki tua yang bernama Tok Karim. 
Bersambung Fragmen 2. 

*Cerita ini adalah fiksyen dan rekaan.
Gambar :Google Images


Simbah Cahaya Rembulan (Tragedi Tebing Curam)


Simbah Cahaya Rembulan : Tragedi Tebing Curam
Malam itu suram dan bulan pula resah.Sepasang kekasih berniat untuk membunuh diri.Di atas tebing curam itu, mereka bersedia untuk terjun.Tetapi gadis itu tidak tahu bahawa lelaki itu ada perempuan lain.Saat ingin terjun, gadis itu menyangka lelaki itu terjun bersamanya.Namun, lelaki itu mengelak dan menolak gadis itu.Jeritan gadis itu kedengaran.Ngeri. Lelaki itu ketakutan.Dia memegang kepalanya.Tidak sanggup untuk menoleh ke bawah.Sumpah lafaz yang dikhianati.Ia terjadi malam itu.Lelaki itu terus memecut deras. Bulan menangis. Malam dingin. Dan dinginnya menggigit sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa. Malam yang satu lagi, sepasang kekasih menikmati suasana malam di atas tebing yang sama.Sedang mereka bercakap, Kedengaran sesuatu yang aneh dari bawah.Sesuatu yang deras.Bunyinya semakin hampir. Mereka berdua kehairanan.Mereka berdua melihat ke bawah.Saat itu, kelihatan seorang gadis berlumuran darah memanjat tebing curam itu.Gadis itu menangis dan meraung...

Cinta tidak selamanya indah.Sehingga kini roh gadis itu terus merayau dan tidak pernah tenang.

Gambar : Gambar hiasan



Derita Lara Seorang Penyair



Derita Lara Seorang Penyair..
Selamat membaca. ;)

Pada zaman dahulu, di sebuah negara air tinggal seorang penyairdengan isteri dan seorang anak perempuannya. Dia ialah seorangpenyair yang terkenal dengan kebijaksanaannya. Dia amat disenangi oleh semua penduduk di negara air. Namun, negara air diperintah olehseorang raja yang kejam dan zalim. Suatu hari, raja yang berniat jahat ini memberi perintah kepada penyair supaya menulis sebuah puisi kesedihan atau ratapan. Sekiranya dia tidak berjaya menghasilkan puisi itu, dia akan dipancung. Tidak pernah mengenal erti kesedihan, penyairitu tidak mampu menulis puisi itu. Setiap hari dia mencuba untuk menulis, namun tidak berjaya. Melihat keadaannya itu, isterinya memutuskan untuk memperlihatkan kepadanya kesedihan dengan cara yang sangat dramatik iaitu dengan menghunus pisau ke dadanya sendiri. Penyair itu melihat isterinya membunuh diri di hadapannya yang akhirnya menjadikanpenyair itu memahat kemurungan. Dia berjaya menghasilkan sebuah puisi ratapan dan membacakan puisi itu kepada raja yang kejam dan zalim.Raja itu tidak dapat menanggung derita mendengarnya yang akhirnya membawa kepada kematian raja. Dan kemudian, setiap haripenyair itu membaca puisi tersebut yang menjadikan seluruh negara dalam keadaan kemurungan. Selepas beliau meninggal dunia, penduduk menarik nafas lega. Sehinggalah anak penyair menggantikan tempat ayahnya untuk membaca puisi. Sejak itu, setiap sepuluh tahun seoranggadis yang baru dipilih untuk membaca puisi harian supaya bandar itu tidak pernah lupa akan kesedihan yang ditanggung oleh penyair.

Gambar : Google Images

JOS Kehidupanku.



J.O.S. Kehidupanku.Fragmen 1-3
“Kau dan aku tiada berbeda.Kita menghirup udara yang sama.”

J.O.S. Kehidupanku.Fragmen 1
Mentari pagi merangkak perlahan di ufuk timur.Kicau burung melagukan simfoni alam.Ayam jantan berkokok di reban. Embun pagi yang menumpang di daun, perlahan menyimbah bumi .Hidup. Aku masih lagi hidup. Perlahan aku menarik nafas.Dalam-dalam.kemudian kuhembus perlahan. Ku diam sejenak. Berdoa di dalam hati. “Terima kasih Tuhan kerana memberiku satu hari lagi.Dan ku berharap ia menjadi perangsang kepada diriku.” Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah realiti. Dan esok adalah misteri. Tidak siapa tahu akan nasibnya esok hari. Namun, hari ini dapat memberi bayangan apa yang akan terjadi esok hari. Aku kemaskan tempat tidur.Bantal, selimut kususun rapi. Si Labang berkokok lagi. Amat setia Si Labang dengan tugasnya. Membangunkan aku setiap pagi. Aku segera mencapai tuala dan menuju bilik mandi.Seperti biasa, memberus gigi dan kemudian mandi. Selesai mandi, aku mencapai baju dan seluar di dalam almari.Kuambil jam tangan di meja. Kemudian , sikat rambut. Hari ini hendak cuba fesyen belah tengah. Lama juga memerhatikan wajah di cermin. Terlupa pula untuk mencukur misai dan jambang. Nampak tidak kemas. Tapi, kalau lama-lama diperhatikan agak menarik juga. Nampak lebih matang dan tegas. Cukuplah bercermin. Aku kemudiannya pergi ke dapur. Menjerang air panas. Pagi ini rasa hendak bersaparan telur separuh masak dan kopi campur susu. Selesai sarapan, sesaat aku melihat jam di tangan. Dah hampir waktu aku bekerja.  Aku segera mengambil kunci motorsikal yang tersangkut di dinding. Kemudian, mengenakan stoking dan kasut kerja. Bergegas ke arah motorsikal kapcai warna hitam dan menghidupkan enjin. Kakiku menekan gear satu dan motosikal mula bergerak. Sambil merenung ke atas sejenak dan memerhati mentari yang semakin meninggi. Udara pagi yang cukup menyamankan. Selamat pagi semua. Oh, ya. Namaku Laguna. Aku bermain dengan minyak hitam dan ‘spark plug’.
Bersambung Fragmen 2...

J.O.S. Kehidupanku. Fragmen 2
Setibanya aku di tempat kerja, kulihat Ward juga sudah sampai. Dia senyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Aku parkir motosikalku. Sebaik sahaja aku membuka helmet, aku mengeluarkan sikat dari saku seluar. Aku memandang cermin motosikal sambil merapi dan menyikat rambutku. Selesai bersikat aku mendongak. Perbuatan aku menarik perhatian Ward. Dia memandang wajahku sambil berkata, “Wah, stail rambut baru ke? Belah tengah you...”Aku tertawa dan membalas kata-katanya. “Cuba stail baru pulak kali ni.” “Tapi, ada kurang sikit.Sebab kau tak bercukur.Kalau bercukur lagi kacak,”kata Ward lagi. “Oh, itu.Aku terlupalah.Lagipun aku tengok kat cermin tadi macam ni pun bagus juga,”balasku. Tauke belum datang lagi. Aku dan Ward lepak sekejap sementara menunggu bengkel dibuka. Hari ini seperti hari-hari sebelumnya. Pasti ramai yang akan mengunjungi bengkel sebentar lagi. Aku dan Ward memerhati sekeliling. Kemudian, kami saling berpandangan. “Mana Kiros? Dia belum sampai lagi ni?tanya Ward kepadaku.”Entahlah.Tak pernah dia datang lambat,”kataku. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta. Sebuah kereta Toyota Corona warna putih parkir tidak jauh dari tempat aku dan Ward melepak. Seorang lelaki separuh usia keluar dari perut kereta.Perlahan, dia menutup pintu kereta. “Kamu dua sajakah? Mana Kiros? Belum datang lagi?”tanya lelaki itu. “Tidak tahu, Tauke. Belum nampak dia lagi,”ujar Ward. “Guna, awak telefon dia dulu. Cuba tanya di mana dia sekarang,”pinta Tauke Lim. Sedang aku ingin mendail nombor dan menelefon Kiros, telefon aku berbunyi. Kulihat nama Kiros pada skrin telefon. Cepat-cepat aku sahut. “Helo?Ha, di mana Kau Kiros? Tauke cari kamu ni,”tanyaku. Tidak lama aku tersentak. “Apa?! Ayah kamu pengsan!?” Ward dan Tauke Lim terpinga mendengar suaraku yang agak nyaring. Aku memandang Ward dan Tauke Lim. “Ayah dia pengsan, tauke. Sekarang ambulans bawa ke hospital,”kataku. Tauke Lim terdiam. Tidak lama, dia bersuara. “Guna, Ward. Cepat,mari kita pergi hospital,” ajak Tauke Lim. “Tapi, macam mana bengkel?” tanyaku. “Ya, Tauke.Macam mana bengkel?” kini giliran Ward pula bertanya. “Kita pergi hospital dulu. Nanti kita buka bengkel.Kalau tak dapat juga, kita tutup hari ni,” ujar Tauke Lim. Aku dan Ward cepat-cepat masuk kereta Tauke Lim. Enjin kereta dihidupkan. Dan kereta bergerak pantas menuju hospital.
Bersambung Fragmen 3...

J.O.S. Kehidupanku. Fragmen 3
Sesampainya kami di hospital, kami terus menuju ke arah wad di mana ayah Kiros ditempatkan. Dari jauh aku terlihat Kiros menemani ayahnya. Kiros terpandang kami. Dia melambaikan tangannya. Di samping ayahnya terdapat beberapa orang lagi. Mungkin sanak-saudara. “Kiros, bagaimana keadaan ayah kamu?”tanyaku. “Sekarang ni dah baik. Dia tengah berehat,”jawab Kiros. Pandanganku terarah ke ayah Kiros. Aku lihat dia masih tertidur. “Doktor cakap apa?” tanya Tauke Lim pula. “Doktor sudah periksa. Dia kata ayah saya kena serangan jantung.Nasib baik terus dibawa ke hospital. Kalau tidak, tidak tahulah apa hendak jadi,”kata Kiros. “Nasib baik tidak ada apa-apa,” kata Ward. “Oh ya, kenalkan ini pakcik dan makcik saya. Yang ini anak mereka,” Kiros memperkenalkan kami kepada ahli keluarganya. “Selamat pagi, pakcik dan makcik,”kata aku dan Ward. “Selamat pagi,” jawab mereka. Tauke Lim menghulurkan tangannya dan bersalam dengan pakcik Kiros. Agak sibuk keadaan di wad walaupun masih pagi. Kelihatan beberapa orang doktor menguruskan pesakit di bawah jagaan mereka sambil ditemani oleh jururawat. Seorang doktor lelaki muda, dalam lingkungan 20-an menghampiri kami. Dia melihat laporan kesihatan ayah Kiros. Tangannya mencatat sesuatu pada kertas.Dia kemudiannya memandang Kiros. “Boleh saya cakap dengan awak sebentar?” tanya doktor itu. “Ya, doktor,” jawab Kiros. Doktor itu mengajak Kiros ke kaunter. Kiros berbual-bual dengan doktor itu. Kami memandang ke arah mereka. Aku cuba untuk menangkap perbualan di antara Kiros dan doktor itu. Aku lihat doktor itu menepuk bahu Kiros. Kiros menunduk. Dari riak wajah Kiros, aku lihat ada sesuatu yang kurang baik. Aku mengalihkan pandanganku ke arah ayah Kiros yang masih tertidur. Aku lihat garis-garis usia di wajahnya. Seingat aku ayah Kiros berusia 60 tahun. Kesakitan jelas terpancar di wajah ayah Kiros. Kasihan pakcik, kataku dalam hati. Sesaat aku tersedar sesuatu. Seorang jururawat memerhatikan aku dari tadi. Sekilas, aku memandang ke arahnya. Jururawat cina itu tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Cantik, fikirku dalam hati.Tidak lama, jururawat cina itu beredar dari situ.
Bersambung Fragmen 4...


Lelaki Ini.Fragmen 1-2.



Kepada wanita, apa perasaan anda sekiranya ditipu dalam perhubungan? Dan lelaki itu pula tidak berniat untuk menipu sebaliknya percintaan jarak jauh menjadi alasan hubungan itu renggang.Dan, kepada lelaki apa perasaan anda jika wanitanya itu tidak mahu berpisah dengan anda dan menganggap anda ialah udara yang dihirupnya setiap hari?
Bertolak dari kisah benar.Penceritaan semula kepada penulis dan digarap semula untuk disesuaikan jalan cerita.Terimalah Lelaki Ini...

Lelaki Ini~Fragmen 1 – Fragmen 2
Lelaki Ini...~Fragmen 1
William ialah seorang pemuda yang berwajah biasa dan berpewatakan sederhana. Kalau dilihat secara luaran, terutama bagi mereka yang tidak mengenalinya akan memikirkan yang William seorang lelaki yang amat serius.Namun, hakikatnya tidak begitu. Dia seorang yang suka bergurau.Tetapi,tidaklah sepanjang masa. Ada masanya dia akan terasa dan terganggu seperti orang lain apabila ada perkara yang tidak menyenangkannya. Sewaktu di sekolah menengah, William tidak terlalu menonjol sifatnya terutama dari segi perlakuan dan tingkahlaku. Sedia faham, waktu itulah pelbagai perkara menarik akan berlaku dalam diri seseorang. Salah satunya, yang melibatkan hati dan perasaan. Belajar mengenal erti cinta dan memendam rasa. Kalau disuruh menghuraikan apa erti kasih sayang, pasti semua dapat menulisnya berjela.Tetapi bagi William, zaman persekolahan bukan masanya untuk mengejar cinta, kerana waktu itu kita masih ditanggung oleh ibu bapa. Fikirnya, kalau hendak membelanja gadis pun terpaksa menggunakan wang saku yang bukan dari keringat sendiri.Oleh itu, dia tidak mahu memikat sesiapa waktu itu. Masa pun berlalu, dan William melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti tempatan. Semasa menuntut di universiti, dia mula meluaskan pergaulannya.Namun, hatinya masih belum terbuka untuk bercinta kerana dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Setelah tiga tahun, dia menamatkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan.Sebagai seorang yang sudah bekerjaya, William memikirkan bahawa sudah sampai masa untuknya membalas jasa kedua ibu bapanya.Masa pun berlalu.Tiga tahun selepas itu, hatinya terbuka untuk mengenali seseorang.Fikirnya, inilah masa terbaik untuk menjalin hubungan dan membina ikatan.Iyalah, kalau hendak membelanja gadis keluar makan dan membeli hadiah harijadi pastinya menggunakan wang sendiri.Dan, selama tempoh tiga tahun itu dia sudah mengumpul sejumlah wang yang mencukupi untuk berkahwin. William telah berkenalan dengan seorang gadis. Perhubungan mereka berlangsung baik.Tidak lama, gadis itu mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran.Kali ini, mereka terpaksa berjauhan.Setahun selepas itu, Janice, iaitu seorang pekerja baru mula melapor diri di tempat William bertugas. Pernah satu ketika, William mengusik kawannya Brandon bahawa gadis itu sering memerhatikannya.Namun, Brandon menyatakan sebaliknya. Entah bagaimana, secara tidak sengaja (?) William mendekati Janice. Janice memberi maklum balas yang positif.Mereka mula menjalinkan hubungan.Sampai masa, William merasakan dia tidak berlaku adil kepada Celine.Akhirnya, William memberitahu perkara sebenar kepada Celine.Dia meminta maaf di atas apa yang telah dia lakukan.Alasannya, hubungan jarak jauh amat mencabar, dan hubungan itu baru sahaja terjalin. William berkeputusan untuk melepaskan Celine.Dia merasakan bahawa Celine akan berjumpa seseorang yang lebih baik daripadanya di sana.Celine amat kecewa dengan pengakuan William.Dia tidak menyangka William akan bertindak begitu.Celine menyatakan tiada seorang yang lebih baik daripada William.Baginya, William ialah udara yang dihirupnya setiap hari.Ertinya William ialah nyawanya.Tiada William, tiadalah Celine. Kata-kata Celine membuatkan William tersentak.Dia seperti disedarkan oleh sesuatu.Seperti satu suara berbisik,”William, jangan kecewakan gadis ini.Dia amat menyintaimu.”Akhirnya, setelah berfikir panjang, William membuat keputusan untuk mengekalkan hubungannya dengan Celine.William memberitahu Janice perkara sebenar bahawa dia sudah mempunyai kekasih dan ingin memutuskan hubungannya dengan Janice.Janice kecewa dengan pengakuan William namun tidak pula membenci William.Cuma, dia berharap William sudi keluar bersiar-siar dan makan bersama dengannya untuk kali terakhir sebagai pasangan kekasih.William memenuhi permintaan Janice.Sepanjang perjalanan pulang, Janice menyandarkan kepalanya di bahu William, dan William memandu kereta milik Janice dengan perlahan.Saat William ingin keluar dari perut kereta, Janice membuat permintaan.Dia ingin memeluk dan mengucup lelaki itu buat kali terakhir.William membenarkan.Beberapa hari kemudian, Janice memberi sepucuk surat kepada William.William membaca surat itu.Isi surat itu adalah luahan hati Janice.William berkongsi perkara itu dengan Brandon.Brandon menjelaskan kepada William bahawa Janice benar-benar menyintainya.William menyedari perkara itu.Bahkan, dia pun merasakan bahawa Janice amat hampir di hatinya berbanding Celine.Tentunya begitu, kerana dia bersama dengan Janice hampir setiap hari.Di tempat kerja, dan pada hujung minggu.Celine pula jauh di matanya.Tidak lama, Brandon mendekati Janice dan cuba mengubat hatinya.Janice tersentuh dengan kebaikan Brandon.Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.William cuba mengembalikan kepercayaan Celine kepadanya.Memang susah untuk mengembalikan kepercayaan seseorang.Dan, William mengambil masa empat tahun untuk itu.Kemudian, seorang lagi pekerja baru melapor diri di tempat William bertugas.Namanya Abigail.Dan, apa yang berlaku dahulu, berulang kembali.William tertarik dengan Abigail...(Bersambung fragmen 2)
Lelaki Ini...~Fragmen 2
Abigail. Gadis yang peramah dan baik dengan semua orang. Tahun pertama dia bekerja, Abigail bertanyakan info mengenai pekerja di situ, termasuk info William. William menyedari akan kehadiran pekerja baru itu tetapi berbuat seperti biasa. Masa pun berlalu.Tahun kedua Abigail bekerja di situ, William banyak mendengar cerita buruk mengenai Abigail. Biasalah, politik tempat kerja. Merendah-rendahkan potensi seseorang.Berbual tentang kekurangan dan kelemahan. Entah mengapa, William merasa kurang senang mendengar cerita sebegitu. William membuat keputusan untuk memberitahu Abigail. Abigail terkejut dengan apa yang William katakan kepadanya. Dia tidak menyangka selama ini dia menjadi bahan perbualan semua orang. Dan, apa yang menyedihkan tiada siapa yang memberitahunya selama ini kecuali William. Pada suatu malam, Abigail menghantar mesej pesanan ringkas kepada William. Dia meluahkan perasaan sedih dan kecewanya mengenai info yang diberitahu oleh William kepadanya. Malam itu, William melayan segala luahan Abigail. Semenjak dari itu, mereka berdua agak selalu bermesej dan bercerita mengenai perkara berkaitan tempat kerja. Pernah, William meluahkan masalah mengenai kerjanya kepada Abigail. Keluhan dan tidak puas hati. Saat itu, Abigail menjelaskan itulah perasaannya ketika William memberitahunya akan perkara yang menyentuh mengenai dirinya dahulu. Namun, ianya lebih mengguris dan menyakitkan. Dan, William amat terkejut mendengar penjelasan Abigail seterusnya. “ William, saat saya menghantar mesej pesanan ringkas kepada awak malam itu, dan saat saya meluahkan segalanya, air mata saya menitis.Dan, saya menangis semalaman...”
(Bersambung fragmen 3)


Gambar ; Google Images.