Tuesday, December 15, 2015

Potret Karya Di Kanvas Rasa.Cerita Satu : Terserempak Di Kedai Kopi


Andy dan Ryan berjalan menuju ke sebuah kedai kopi.Agak ramai juga pelanggan di situ.Sedang cuba mengambil tempat di suatu sudut, Ryan terpandang seorang gadis.Dia seakan kenal gadis itu.Dia berfikir sejenak.Ya, itu kawan mereka sewaktu di sekolah menengah.Tanpa membuang masa, Ryan melambai dan menegur gadis itu dengan sopan.Gadis itu tersenyum dan mengangguk. Bersebelahan dengannya duduk seorang lelaki.Teman lelakinya. Andy dan Ryan mengambil tempat duduk. Tak lama, teman lelaki gadis itu bertanya kepada gadis itu, “Siapa tu? ‘Ex boyfriend’ ke?”Nadanya agak cemburu.Dia menarik muka.Gadis itu terdiam saja.Pertanyaan lelaki itu didengari oleh Andy dan Ryan.Namun tiada reaksi daripada Ryan.
Selesai makan, Andy dan Ryan masuk ke dalam perut kereta.Andy menghidupkan enjin kereta.Dan kereta berlalu dari kedai kopi itu. “Kau dengar apa yang lelaki tu cakap tadi?” Andy tiba-tiba menanyakan soalan itu. “Dengar,”balas Ryan.”Teruk, kan?”kata Andy. “Memang teruk pun. Aku tegur Emily tu sebab dia kawan sekolah kita dulu.Tak ada maksud lain pun.Terus ‘boyfriend’ dia kata aku ni ex dia.Susah macam ni.Lain kali memang aku tak tegur lagi kawan-kawan kita terutama yang perempuan,”jelas Ryan.”Inilah mentaliti rendahan.Cepat betul buat kesimpulan.Kau tengok tadi, punyalah malu Si Emily tu,”tambah Andy lagi.
p/s : Tegur ke tak? 
Foto: Gambar Hiasan

Bersambung...

Thursday, December 10, 2015

Perahu Timun Iban.(Fragmen 1-3, Watak dan Perwatakan Aki Suki)



Perahu Timun Iban.Sebuah kisah tentang masyarakat Iban di Sarawak.Aki Suki menjadi watak utama dalam cerita ini. Selamat membaca fragmen 1-3. Fragmen 4 akan menemui pembaca tidak lama lagi.Untuk pengetahuan pembaca, saya merancang untuk membukukan cerita ini.
Perahu Timun Iban~(Fragmen 1 – Fragmen 3)

Perahu Timun Iban~Fragmen 1
“Dia tetap menunggu meski esok bukan miliknya...”
Perahu Timun Iban. Cerita ini mengisahkan tentang seorang tua yang bernama Aki Suki. Aki Suki ada seorang cucu yang bernama Suki. Setelah ibunya Suri meninggal dunia, Suki dijaga oleh Aki Suki dan Ini Suki. Suri amat kecewa dan menderita dengan perbuatan Sempurai yang menggilai perempuan lain. Malam itu, Suri telah membunuh dirinya dengan meminum racun. Kematian Suri amat mengejutkan Sempurai. Dia berasa sungguh menyesal di atas perbuatannya. Sewaktu hari pengebumian Suri, Sempurai tidak henti-henti menangis dan meraung meratapi kematian isterinya. Dia memeluk mayat Suri. Namun, penderitaannya itu tidak setanding kesedihan yang dirasai oleh Aki Suki dan Ini Suki. Suri, itulah satu-satunya anak mereka. Sempurai mendapatkan Aki Suki untuk meminta ampun. Dia memegang erat kaki Aki Suki. Aki Suki tidak berkata apa-apa. Di dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu, betapa dia amat membenci lelaki itu. Namun, walau dibunuhnya Sempurai itu tidak dapat mengembalikan dan menghidupkan semula anaknya Suri. Ini Suki memukul-mukul Sempurai sambil menangis. Dia meminta Sempurai menghidupkan semula anaknya Suri. Sempurai terus memegang erat kaki Aki Suki. Penduduk kampung memerhatikan suasana itu dengan hati yang pilu.
Selepas kematian Suri, Sempurai menjadi tidak tentu arah. Sekejap ketawa. Sekejap menangis. Dan sering bercakap seorang diri. Apai Kelabu, tuai rumah meminta Aki Suki membawa Sempurai  berubat dengan Aki Kilat, seorang manang. Apai Kelabu merasakan bahawa Sempurai benar-benar menyesal di atas perbuatannya. Aki Suki akhirnya bersetuju dengan cadangan Apai Kelabu sementara Ini Suki berkata kenapa tidak dibiarkan sahaja Sempurai itu menjadi gila kerana ianya adalah balasan Tuhan kepadanya. Aki Suki memberitahu Ini Suki bahawa dia sudah mula memaafkan Sempurai. Tambah Aki Suki lagi, kalau mereka bertindak kejam terhadap Sempurai samalah seperti Sempurai yang bertindak kejam terhadap anak mereka Suri. Sempurai sudah pun menerima balasannya, kata Aki Suki lagi. Tidak lama selepas itu, Sempurai pun beransur sembuh. Setelah sembuh sepenuhnya, Sempurai menyatakan hasratnya untuk mencari semula pekerjaan yang baru setelah dahulu dia dibuang kerana lama tidak bekerja. Kali ini dia akan merantau jauh. Sempurai meminta Aki Suki dan Ini Suki menjaga Suki. Ini kerana biarlah keduanya menjaga Suki.Fikirnya itu dapat mengubat hati Aki Suki dan Ini Suki yang sudah kematian Suri. Saat Sempurai ingin pergi, dia memeluk erat Suki. Suki yang masih kecil itu terpinga-pinga, namun menangis kemudiannya. Sempurai sebak. Aki Suki memegang bahu Sempurai. Dia memberitahu Sempurai bahawa dia akan menjaga Suki dengan sebaiknya. Sempurai berjalan perlahan meninggalkan Suki, Aki Suki dan Ini Suki. Setelah agak jauh, Sempurai berpaling dan melambai tangannya. Suki, suatu hari nanti ayah akan pulang. Ampuni aku Suri...
Bersambung di Fragmen 2~

Perahu Timun Iban~ Fragmen 2
“Dia tetap menunggu meski esok bukan miliknya...”
Aki Suki memotong setengah timun iban. Kemudian, isinya dikeluarkan. Diletakkannya di dalam mangkuk. Garam ditabur dan digaulkan bersama timun iban. Suki memerhati. Dia seperti tidak sabar. Aki Suki tersenyum. Aki Suki tahu Suki begitu suka makan timun iban dicampur garam. Sebab itu, awal-awal lagi dia turun ke kebun untuk mencari timun iban. Apa yang Suki tunggu-tunggu sebenarnya ialah perahu timun iban. Setelah timun iban dipotong setengah dan isinya dikeluarkan, kulit yang tinggal akan membentuk seperti perahu. Dan perahu timun iban itu Suki hanyutkan di sungai kecil yang terletak tidak berjauhan dari kebun. Aki Suki memberi perahu timun iban kepada Suki. Suki ketawa riang. “Hati-hati, jangan main jauh sangat” Aki Suki mengingatkan Suki. Aki Suki memerhati Suki yang berlari riang menuju sungai kecil. “Biar saya tengok-tengokkan dia, “ kata Ini Suki. Ini Suki turun dari langkau dan mengikut Suki dari belakang. Ini Suki memanggil-manggil nama Suki. Suki menoleh ke bekakang. “Mari Ini, kita main perahu,” Suki mengajak neneknya. Aki Suki tersenyum lagi. Sudah besar Suki, fikirnya. Dahulu, sewaktu ditinggalkan oleh ayahnya, Suki baru berusia setahun. Kini, Suki sudah pun berusia lima tahun lebih. Sesaat, Aki Suki teringat kepada Sempurai. Sudah lama Sempurai tidak balik ke kampung dan melawat Suki. Walaupun begitu, Sempurai tidak pernah gagal memberikan wang belanja. Dahulu, sewaktu baru mendapat kerja semula, Sempurai sering balik ke kampung. Banyak buah tangan yang dia bawa. Sempurai belikan Suki baju baru. Tidak lupa juga untuknya dan Ini Suki. Untuknya, Sempurai belikan kemeja lengan panjang. Untuk Ini Suki, Sempurai belikan kain sarung. Suki suka benar pakai baju yang dibelikan oleh Sempurai. Terkadang, masih basah-basah pun Suki minta neneknya mengangkat baju itu di jemuran. Aki Suki pernah bertanyakan apa kerja Sempurai. Sempurai memberitahu dia bekerja sebagai pemandu lori. Sempurai memberitahu lagi bahawa tauke tempatnya bekerja sangat baik orangnya. Aki Suki menasihati Sempurai supaya kerja baik-baik dan ikut cakap tauke. Sempurai mengangguk dan menyatakan bahawa dia akan bekerja bersungguh-sungguh untuk Suki. Dalam diam, Aki Suki tersentuh hati melihat Sempurai. Sempurai bekerja siang dan malam untuk menyara Suki. Setelah kematian isterinya, hidup Sempurai masih belum terurus sepenuhnya. Suatu hari, dia menyuarakan hasratnya kepada Sempurai agar lelaki itu mencari pengganti kepada isterinya yang sudah tiada. Sempurai diam dan tidak menjawab. Seperti dia tidak menyenangi apa yang Aki Suki hasratkan. Adakah itu punca Sempurai jarang balik ke kampung lagi?
Aki Suki tersedar dari lamunannya apabila dikejutkan oleh Suki yang berlari-lari ke arahnya. “Aki! Aki! Ada ikan di sungai tadi!” jerit Suki. Ini Suki hanya mengekori perlahan dari belakang. Tidak terdaya dia mengejar Suki. Suki mendapatkan Aki Suki. Aki Suki mengusap lembut rambut Suki. Dia memeluk erat Suki dan mengucup pipi Suki. Tidak lama, matanya bergenang. Aki Suki cuba untuk menyeka air matanya namun ia gugur juga. Suki melihat datuknya dengan hati yang hairan. “Kenapa Aki menangis?” tanya Suki. “Tiada apa-apa, Suki,” Aki Suki menyapu wajahnya dengan lengan baju. Sempurai, pulanglah. Getus hatinya.
Bersambung di Fragmen 3. Nantikan sambungannya...

Perahu Timun Iban~ Fragmen 3
“Dia tetap menunggu meski esok bukan miliknya...
Anyau memasukkan kotak berisi barang makanan ke dalam lori. Jawa menyambut kotak itu, menyusunnya cermat satu – persatu. Sesaat, Jawa mendongak ke atas. Terik mentari memancar wajahnya. Jawa berhenti menyusun kotak itu seketika. Dia mengesat peluh dengan menggunakan lengan baju. “Huh...” Jawa mengeluh perlahan. Perlakuan Jawa menarik perhatian Anyau. “Letih ke?” tanya Anyau sambil tersenyum. “ Mestilah. Sudahlah panas, Anyau. Rasa kena bakar,” Jawa menjawab dengan nada merungut. “Ha, itulah. Kita dahulu tak nak sekolah betul-betul. Akhirnya, dapat kerja macam ni. Tahan sahajalah Jawa,” kata Anyau. “ Betul tu, Anyau. Tapi nak diingat balik pun tak guna. Masa bukannya boleh diputar,” balas Jawa dengan nada menyesal. Anyau memandang wajah Jawa. Dia sangat mengerti perasaan Jawa. Bukan sehari dua dia mengenali Jawa. Sejak dari kecil mereka sudah berkawan. Anyau ingat lagi bagaimana dia dan Jawa tidak pergi ke sekolah hari itu. Sebaliknya, mereka pergi ke sungai di hujung kampung untuk memancing ikan dan udang. Sampai ke petang mereka di sana. Agak banyak juga tangkapan yang mereka peroleh hari itu. Setelah penat memancing, mereka mandi pula kemudiannya. Ketika mereka sedang leka mandi, tidak sedar pula kehadiran ibu Anyau. Jeritan ibu Anyau menyedarkan mereka berdua. Anyau dan Jawa begitu terkejut melihat ibu Anyau. Ibu Anyau siap membawa sebatang kayu yang dipegang kemas. “Oh, ini kerja kamu ya, Anyau! Ingatkan ke sekolah, rupa-rupanya di sini!” Anyau berasa sungguh takut melihat ibunya yang memegang sebatang kayu. Jawa berenang ke tepi. Dia ingin lari dari situ. “Hei, Jawa! Ke mana kamu mahu lari? Sini kamu! Jangan lari!” ibu Anyau memanggil Jawa. Jawa memandang Anyau. Anyau masih lagi di air. Dia tidak mahu naik ke darat. “Apa kamu buat lagi di situ, Anyau!? Naik!” kata ibu Anyau lagi. Semakin tinggi suaranya. “Tak mahu. Nanti mak pukul,” Anyau menjawab dengan suara yang ketar. “Pukul tak pukul! Tak naik, lagi teruk kamu mak kerjakan! Naik, Anyau!” ibu Anyau mengetapkan giginya. Seperti dia cuba untuk menahan kemarahannya. Akhirnya, dengan perlahan Anyau dan Jawa naik ke darat. Sebaik sahaja  naik ke darat, Anyau dipukul teruk oleh ibunya. Jawa pula dipulas telinga oleh ibu Anyau kerana dia mengaku bahawa dia yang mengajak Anyau memancing di sungai. Jawa tidak melawan, kerana dia tahu dia yang bersalah. Lagipun, dia amat menghormati ibu Anyau. Ibu Anyau ialah kawan baik kepada mendiang ibu Jawa. Setelah ibu Jawa meninggal dunia dan ayahnya berkahwin semula, Jawa dijaga oleh neneknya. Ibu Anyau menganggap Jawa seperti anaknya sendiri kerana sebelum ibu Jawa meninggal dunia, dia pernah berpesan kepada ibu Anyau supaya sentiasa memerhatikan Jawa. Anyau menangis teresak – esak. Jawa bersimpati dengan Anyau. Dia rasa sungguh menyesal kerana mengajak Anyau ponteng sekolah hari itu. Pulang ke rumah, giliran Jawa pula dimarahi oleh neneknya. Nasib baiklah neneknya tidak larat untuk memukul. Kalau tidak, pasti berbekas betis Jawa. Keesokan harinya, ibu Anyau membawa Anyau dan Jawa berjumpa dengan guru kelas mereka, Cikgu Jelai. Ibu Anyau menjelaskan semuanya. Dahi Cikgu Jelai berkerut. Dia memandang wajah Anyau dan Jawa. Anyau dan Jawa menunduk. Tidak berani bertentang mata dengan Cikgu Jelai. “Anyau, Jawa. Nanti cikgu bawa kamu berdua berjumpa dengan Cikgu Seli,” kata Cikgu Jelai. Anyau dan Jawa hanya mendiamkan diri. Cikgu Seli, iaitu PKHEM ialah seorang guru yang tegas dengan murid-muridnya. Walaupun begitu, dia ialah seorang guru yang baik. Cikgu Seli menasihati Anyau dan Jawa. “Jawa, ibu kamu sudah tiada. Ayah pun sudah berkahwin lain. Patutnya kamu fikir tentang diri sendiri. Fikir tentang masa depan kamu,” kata Cikgu Seli kepada Jawa. Hati Jawa tersentuh dengan kata – kata Cikgu Seli. Air matanya mula menitis kerana Cikgu Seli menyebut mengenai mendiang ibunya serta ayahnya yang sudah berkahwin lain, yang seperti sudah melupakannya. Itu cerita sewaktu di sekolah rendah. Sewaktu di sekolah menengah, entah di mana silapnya Anyau dan Jawa semakin tidak berminat untuk belajar. Nampaknya, nasihat Cikgu Seli sampai di situ sahaja. Mereka kembali ponteng sekolah dan pergi merayau – rayau. Sehinggalah Anyau dan Jawa terlibat dalam satu pergaduhan dengan pelajar dari sekolah lain. Semuanya berlaku kerana salah faham. Anyau dan Jawa pengsan dikerjakan oleh pelajar terbabit. Mereka berdua dikejarkan ke hospital oleh seorang awam yang prihatin. “Lama menung. Fikirkan tentang apa?” Tiba – tiba satu suara mengejutkan lamunan Anyau. Anyau berpaling. Dia melihat satu susuk tubuh di hadapannya. Tinggi dan agak kurus. “ Ha, pergi mana tadi?” Jawa bertanya kepada lelaki itu. “Jumpa tauke. Sudah habis masuk barang? Kita nak cepat ni,” kata lelaki itu. “Sikit lagi,” kata Anyau. Tidak lama, seorang gadis menyebut nama lelaki itu dari jauh, “Sempurai, hati – hati bawa lori!” gadis itu mengingatkan Sempurai. “Aik? Jumpa tauke kah anak tauke ni?” usik Jawa. Wajah gadis itu merona merah. Anyau tertawa. Gadis itu memandang wajah Sempurai. Sempurai memandang wajah gadis itu. Gadis itu tersenyum, dan cuba memaknakan renungan. Sempurai membalas senyuman, dan kemudiannya menunduk perlahan.
Bersambung di Fragmen 4~                   
   
Perahu Timun Iban : Watak dan Perwatakan Aki Suki

Di dalam cerita Perahu Timun Iban, Aki Suki digambarkan sebagai watak utama dan protagonis.Berusia dalam lingkungan 70-an, Aki Suki mempunyai seorang isteri yang bernama Ini Suki.Aki Suki dan Ini Suki mempunyai seorang anak perempuan bernama Suri. Suri ialah satu-satunya anak mereka. Kematian Suri setelah meminum racun akibat perbuatan Sempurai yang menggilai perempuan lain telah memberi kesan yang amat besar kepada Aki Suki dan Ini Suki.Aki Suki amat kehilangan Suri. Kematian Suri adalah kerana perbuatan Sempurai.Aki Suki sedaya mampu menahan kesedihannya sewaktu hari pengebumian Suri. Sempurai memeluk kaki Aki Suki sambil menangis dan meraung.Dia meminta ampun di atas segala dosa yang telah dia lakukan kepada Suri. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bencinya Aki Suki kepada Sempurai. Kalau dia tidak mampu menahan rasa marahnya pada hari itu,sudah pasti dibunuhnya Sempurai. Namun, Aki Suki juga seorang pemaaf.Perasaan marahnya kendur terhadap Sempurai apabila melihat Sempurai sudah menjadi tidak siuman setelah kematian Suri.Sempurai ketawa, menangis, dan bercakap sendirian.Lama-kelamaan dia simpati melihat Sempurai. Dia akhirnya membawa Sempurai berubat dengan Aki Kilat, seorang manang atas cadangan Apai Kelabu.Dalam kerasnya hati Aki Suki wujud juga kelembutannya. Apa yang menjadi sebab Aki Suki mampu memaafkan Sempurai hanyalah satu, iaitu Suki.Aki Suki tidak mampu menahan kesedihannya ketika melihat wajah Suki.Di wajah Suki terpancar kasih sayang dan pengorbanan Suri. Sukilah satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh Suri kepadanya. Suki suka sangat makan timun iban bergaul garam kasar. Apa yang ditunggu oleh Suki ialah perahu timun iban iaitu timun yang dikeluarkan isinya dan membentuk seperti perahu.Aki Suki senyum sendiri melihat Suki tidak sabar-sabar menanti perahu timun iban.Di sini jelas sifat penyayang dan ambil berat dalam diri Aki Suki.Aki Suki tidak mahu menghampakan harapan Suki walaupun hanya cuma perahu timun iban.Aki Suki juga mengharapkan kepulangan Sempurai setelah lelaki itu lama tidak balik ke kampung menjenguk Suki setelah mendapat pekerjaan di bandar.Sekali lagi air matanya menitis mengenangkan sikap Sempurai.Aki Suki ditegur oleh Suki.Aki Suki cuba menyembunyikan keadaan.Jelas di sini Aki Suki tidak mahu Suki melihat kesedihan di wajahnya. Biarlah Suki dilimpahi rasa gembira tanpa perlu berfikir apa-apa yang merunsingkan hati. Itulah Aki Suki, seorang tua yang sentiasa tabah dalam hidupnya dan sedaya mampu menyembunyikan kesengsaraan.Seluruh hidupnya kini adalah untuk Suki, biarpun suatu hari nanti Suki akan meninggalkannya kerana dia tetap menunggu meski esok bukan miliknya.Adakah watak Aki Suki akan dimatikan akhirnya untuk menamatkan penderitaannya? Nantikan fragmen terbaru Perahu Timun Iban. ;)


Foto : Gambar Hiasan

Friday, December 4, 2015

Cinta Adalah 2015 (Cintaku Ibarat Nota Muzik)



Untuk pengetahuan pembaca, Cerita Kristina kini dikenali dengan nama baru iaitu Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik). Cinta Adalah menggabungkan 8 watak utama iaitu Jasmine Lee,Am Nass,Isabel Lockheart,Ronny Mark,Kristina Diamond,Mike Loire,Erin Erina dan Vincent Tan.Saya muatkan fragmen 1-10 untuk tatapan pembaca.Fragmen terbaru akan menemui pembaca esok.Terima kasih kerana sokongan pembaca.Perubahan nama baharu ini tidak mengubah isi kandungan cerita.

Foto: Sekadar gambar hiasan


Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik).Fragmen 1-10.Selamat membaca. ;)


Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik) (Fragmen1)
Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik). Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kristina yang berusia 17 tahun. Kristina merupakan seorang pelajar yang baru berpindah sekolah. Semasa diperkenalkan oleh Cikgu Stephen, Kristina berharap agar kehadirannya diterima oleh rakan sekelas. Seorang pelajar bertanya akan hobi Kristina. Kristina memberitahu bahawa dia amat meminati bidang fotografi. Baginya, gambar adalah kehidupan yang tersuling dan terpelihara selamanya. Wajah yang ekspresif, masa yang sekejap dalam alam, bentuk yang abstrak, semua ini adalah asas-asas fotografi. Sebuah gambar menyampaikan sesuatu yang tidak boleh dijelaskan melalui kata-kata, rasa misteri dan keindahan hidup, sifat dan pencapaian manusia. Kata-kata Kristina membuatkan pelajar itu terdiam. Cikgu Stephen memandang Kristina, menepuk tangannya kemudian disertai oleh semua pelajar. Mereka kagum dengan kata-kata Kristina. Kehadiran Kristina di sekolah itu telah menarik perhatian semua orang, tidak lupa juga seorang pelajar bernama Mike. Dia ialah pelajar dari kelas sebelah. Tanpa pengetahuan Kristina, Mike sering memerhatinya dari jauh. Namun, apabila terserempak Mike segera menunduk dan mengalihkan pandangannya daripada Kristina. Kristina menyertai Kelab Fotografi di sekolahnya.  Suatu hari, Kristina telah masuk ke kelas sebelah untuk mengedarkan risalah pertandingan fotografi.Kehadiran Kristina tidak disedari oleh Mike kerana waktu itu Mike sedang leka melukis. Sampai di meja Mike, Kristina ingin menyerahkan risalah. Sesaat, dia tertarik dengan apa yang Mike lakukan. Kristina memerhatikan Mike. Mike menyedari sesuatu sehinggakan dia mendongakkan kepala. Mike amat terkejut dengan kehadiran Kristina.Dia hilang imbangan dan terjatuh dari kerusi. Perlakuan Mike membuatkan Kristina tidak dapat menahan ketawanya. Mike berasa amat malu dengan kejadian itu. Dia segera bangun, dan lari keluar dari kelas. Tindakan Mike mengejutkan Kristina. Dan, Kristina bertambah terkejut melihat apa yang dilukis oleh Mike. Apakah yang dilukis oleh Mike sehingga membuatkan Kristina terkejut? Adakah Mike mampu melupakan kejadian yang memalukan itu? Dan bagaimana hubungan keduanya nanti? Semuanya dalam Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik)     

Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik)(Fragmen 2)
Mike segera bangun dan lari keluar dari kelas. Dia tidak menyangka gadis yang berdiri dan memerhatikannya tadi ialah Kristina. Ya, Kristina Diamond. Gadis yang selama ini diperhatikannya dari jauh dan diminatinya dalam diam. Dia berasa amat terkejut, tidak dapat mengimbang dan terjatuh dari kerusi. Dia berasa amat malu dengan kejadian itu. Dan lebih memalukan lagi Kristina mentertawakannya. Mike berlari menuju ke arah sepohon pokok rendang di padang. Dia mendudukkan diri di atas rumput. Cuba sedayanya untuk menenangkan diri dan rasa gelabahnya. Kristina mentertawakannya. Jahatkah Kristina? Siapa pun pasti tertawa, fikir Mike. Mike mengusap rambutnya. Mike terfikir, kenapa agaknya Kristina datang ke kelasnya tadi? Apa yang Kristina buat di situ? Kenapa Kristina datang ke arahnya?  Sudah lamakah dia diperhatikan? Segalanya berlegar dalam kepala Mike. Mike menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba Mike teringat apa yang dilakukannya tadi sehingga tidak menyedari kehadiran Kristina. Dia memegang sebatang pensel dan sedang melukis. Melukis? Ya, melukis. Dan lukisan itu masih terletak di atas meja. Di atas meja? Oh, tidak!
Kristina terkejut dengan perlakuan Mike. Mike yang terjatuh dari kerusi segera bangun dan lari keluar dari kelas. Kristina tidak dapat menahan ketawa melihat Mike. Adakah Mike lari keluar dari kelas kerana dia malu ditertawakan? Kristina tiba-tiba dirundung rasa bersalah. Rasa bersalah kerana mentertawakan Mike. Tapi, Kristina tidak sengaja. Bukan niatnya untuk sengaja ketawa dan memalukan Mike. Dia betul-betul tidak dapat menahan ketawanya. Dan Kristina tidak sempat berkata apa-apa apatah lagi memberikan penjelasan. Niatnya masuk ke kelas sebelah hanya untuk memberi risalah pertandingan fotografi. Cuma, dia tertarik dengan apa yang dilakukan oleh Mike yang membuatkannya memerhatikan lelaki itu. Sesaat matanya tertumpu ke arah lukisan di atas meja Mike. Oh, ini yang dilakukan oleh lelaki tadi. Dia sedang melukis, fikir Kristina. Kristina memegang lukisan itu. Diperhatikannya dengan teliti. Tiba-tiba muka Kristina merona merah. Dia tidak menyangka bahawa Mike melukis dirinya. Dirinya yang sedang...
Bersambung di Fragmen 3

 Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik) (Fragmen 3)
Kristina memegang lukisan itu. Diperhatikannya dengan teliti. Tiba-tiba muka Kristina merona merah. Dia tidak menyangka bahawa Mike melukis dirinya. Dirinya yang sedang duduk, dirinya yang sedang berdiri, dirinya yang sedang berjalan. Dan dirinya yang sedang mengambil gambar, iaitu yang paling besar sekali terletak di tengah-tengah. Apa yang lebih mengejutkan Kristina ialah lukisan itu sungguh ekspresif. Emosi Kristina tergambar sepenuhnya pada wajah yang dilukis. Kristina tidak menyangka Mike dapat melukis dirinya sampai begitu sekali. Perasaan Kristina sewaktu mengambil gambar juga dinyatakan oleh Mike dengan tepat. Kristina juga tidak menyangka selama ini dia diperhatikan oleh Mike. dan Mike menjadikannya subjek dalam lukisan. Kristina tidak tahu sama ada dia rasa takut atau gembira ketika itu. Takut, kerana dia selama ini diperhatikan. Gembira, kerana ada orang yang meminatinya dalam diam. Agak lama Kristina memegang lukisan itu. Seperti dia tidak mahu melepaskannya. Akhirnya dengan cermat, dia kemudiannya meletakkan lukisan itu di atas meja semula. Kristina terpandang pensel yang digunakan oleh Mike untuk melukis. Tiba-tiba, Kristina terfikir sesuatu. Dia kemudiannya mengambil pensel itu dan melukis tanda ;) berserta sepotong ayat berbunyi “ hatiku bersimfoni...” di ruangan tepi sebelah kanan bawah lukisan itu.
Mike berlari menuju ke kelas semula. Dia ingin mendapatkan lukisan itu. Sampai di kelas, Mike terlihat Kristina yang sedang menulis sesuatu pada lukisan itu. Kristina tersedar ada seseorang datang secara tergesa-gesa berdasarkan bunyi tapak kaki. Kristina segera berpaling. Kristina terlihat Mike. Bibir Kristina menguntum senyum. Mike kemudiannya tertunduk. Habislah...
Bersambung Fragmen 4

Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik)(Fragmen 4)
Kristina dan Mike saling berpandangan. Bibir Kristina menguntum senyum. Mike kemudiannya tertunduk. Habislah...fikir Mike dalam hatinya. Habis, kerana semua rahsianya sudah diketahui oleh Kristina. Kerana selama ini dia memerhati Kristina dari jauh dan menjadikan Kristina subjek dalam lukisannya. Kristina meletakkan semula pensel di atas meja. Sekali lagi dia memerhatikan lukisan itu. Dan matanya terarah kepada sepotong ayat yang baru ditulisnya tadi. “ Hatiku bersimfoni...”, ayat itu ditulis oleh Kristina kerana dia merasakan hatinya cukup gembira saat itu. Hatinya damai berlagu seperti diiringi oleh kicauan burung dan orkestra. Takut? Kristina seperti tidak ada perasaan itu lagi. Sebaliknya dia pula ingin mengetahui lebih lanjut tentang diri Mike. Perlahan, Kristina berjalan ke arah Mike. Mike merasakan Kristina semakin menghampirinya. Mike masih menunduk. Dia takut untuk mengangkat kepalanya. “Hei, kamu!” kata Kristina. Perlahan Mike mengangkat mukanya. TIba-tiba Kristina menghayunkan penumbuk ke muka Mike. Tetapi tidak singgah. Sengaja Kristina buat begitu untuk melihat reaksi Mike. Kristina kemudiannya tertawa. Menampakkan baris giginya yang cantik. Mike tersentak dengan perlakuan Kristina. Kali ini giliran Mike pula yang tersipu malu. Muka Mike pula yang merona merah.Tidak lama, datang seorang pelajar perempuan ke arah mereka berdua. Pelajar perempuan itu segera mendapatkan Kristina. Dia melihat Mike sesaat. Dia sedikit hairan. Apa yang Kristina buat bersama lelaki ini? Apa yang mereka bualkan? “ Kristina, apa yang kau buat di sini?” tanya pelajar perempuan itu. Kristina terdiam seketika. Dia cuba mencari jawapan yang sesuai. “Tidak, aku beri risalah pertandingan fotografi tadi,” sahut Kristina. “Oh, begitu. Eh, Kristina! Cikgu Stephen cari kau,” beritahu pelajar perempuan itu. “ Cikgu Stephen cari aku?” Kristina kehairanan. “ Ya, cepatlah! Dia dah tunggu di bilik guru,” pelajar perempuan itu menarik tangan Kristina. “ Ya, sabarlah Isabel,” balas Kristina lagi. Kristina memandang Mike sekilas. Dia mengenyitkan mata dan tersenyum lagi. Isabel tidak melihat perlakuan Kristina. Mike semakin tersipu. Tidak sangka Kristina seberani itu mengusiknya. Tidakkah dia berasa takut? Takut kerana Mike melukis dirinya? Mike kehairanan melihat perlakuan Kristina. Kalau gadis lain sudah tentu dikoyak-koyakkan lukisan itu dan dia akan dimarahi serta dimalukan di hadapan pelajar lain. Mike masih tercegat di pintu kelas.
Tiba-tiba Mike teringat semula apa yang dilakukan oleh Kristina tadi. Kristina tadi sedang menulis sesuatu pada kertas lukisannya. Mike segera mendapatkan kertas lukisannya. Dia ingin membaca apa yang Kristina telah tulis Dan di ruangan tepi sebelah kanan bawah lukisan itu Mike terbaca, “hatiku bersimfoni...”. Hati Mike teruntun membaca sepotong ayat itu. Dia tidak menyangka Kristina akan menulis ayat itu pada lukisan yang dilukisnya. Dan kini, di kepala Mike mengandung banyak persoalan. Apakah yang dirasai oleh Kristina sebenarnya? Adakah gadis itu mula menyukainya atau sepotong ayat yang ditulis itu hanyalah satu usikan nakal Kristina? Mike mengusap kepalanya. Kristina, gadis ini  meruntun hatiku...
Bersambung di Fragmen 5

Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik)(Fragmen 5)
Kristina dan Isabel berjalan beriringan ke bilik guru. Saat tiba di pintu, mereka mengetuk perlahan. Kelihatan Cikgu Amber berdiri tidak jauh dari situ. Cikgu Amber perasan kehadiran mereka berdua. “Ya, Kristina, Isabel? Apa halnya ni?” tanya Cikgu Amber. Kristina dan Isabel terdiam seketika. Sesaat, mereka berdua melihat wajah Cikgu Amber. Cikgu Amber amat lain sekali. “Cikgu...” kata Isabel sambil memegang rambutnya. Cikgu Amber cuba menangkap kata-kata Isabel. Akhirnya, dia faham. “Oh, ini. Cikgu potong hari tu. Terfikir untuk luruskan. Jadi, cikgu luruskan,” kata Cikgu Amber. “Cantik, cikgu!” kata Kristina dan Isabel. “ Eh, Cikgu Stephen perasan tak? Hehe,” Usik Isabel. Cikgu Amber tersenyum malu. Dia mengusap rambutnya. Wajahnya mula merona merah kerana diusik oleh Isabel. Kristina memerhati sekitar. Di satu sudut dia melihat seorang guru lelaki sedang sibuk menulis sesuatu. “Cikgu Stephen yang panggil kami ke sini. Dia nak jumpa Kristina,” kata Isabel. “Oh begitu. Pergilah jumpa dia,” kata Cikgu Amber. “Cikgu ada pesan apa-apa tak? Nak kami kirim salam ke?” kata Isabel. “Tak ada. Eh, jangan,” Cikgu Amber diselubungi rasa malu dan takut. “Tak adalah cikgu, gurau saja. Baiklah cikgu, kami pergi dulu,” kata Isabel. “Ya,” jawab Cikgu Amber. “Huh...” Cikgu Amber mengeluh perlahan. Dia memerhatikan Kristina dan Isabel menuju ke arah Cikgu Stephen. Cikgu Stephen berhenti menulis dan berbual dengan Kristina dan Isabel. Sedetik, Cikgu Amber memerhati Cikgu Stephen. Guru muda itu cukup baik dengan pelajarnya. Lebih-lebih lagi dengan Kristina dan Isabel. Agak lama juga dia memerhatikan Cikgu Stephen, sehinggakan lelaki itu mula tersedar dan menoleh ke arahnya. Mata keduanya bertentangan. Cikgu Amber cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Cikgu Stephen tersenyum. Kristina dan Isabel terperasan. Tak lama, mereka berdua tersenyum dan ketawa. Cikgu Amber berasa semakin malu. Tak lama, Cikgu Amber meninggalkan bilik guru. Perlakuannya menyebabkan Kristina dan Isabel berhenti ketawa. Kristina dan Isabel dirundung rasa bersalah. “Apa kita dah buat ni?” kata Isabel. “Cikgu, kami nak pergi minta maaf.” Isabel menarik tangan Kristina tetapi dihalang oleh Cikgu Stephen. “Isabel, Kristina,” Cikgu Stephen menggelengkan kepala. “Kita teruskan perbualan. Lagipun banyak yang saya hendak beritahu Kristina.” Kristina dan Isabel terdiam. Mereka melihat wajah Cikgu Stephen yang cuba untuk menenangkan diri. “Maafkan kami cikgu,” kata Isabel. “Tak apa,” jawab Cikgu Stephen.
Bersambung Fragmen 6.

Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik)(Fragmen 6)
Petang itu redup. Angin berhembus lembut. Dedaun berguguran ditiup angin. Stephen berjalan perlahan. Setibanya di kuburan, dia meletakkan setangkai bunga Lily di pusara. Amanda Dong, 1986-2007. Gadis yang ceria dan suka berjenaka. Terkadang manja. Apabila ketawa, lesung pipi di pipinya akan kelihatan. Dan, ini akan menyerikan wajahnya. Stephen membuang ranting dan daun yang gugur di atas pusara Amanda. “ Stephen, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya. Saya amat menghargainya. Saya pergi tidak lama. Tunggu saya, ya!” Itulah kata-kata terakhir Amanda sebelum gadis itu pergi buat selamanya. Dan, saat itu Stephen tidak menyangka nahas pesawat itu telah menghancurkan impiannya untuk hidup bersama dengan Amanda. Stephen masih ingat lagi, sehari sebelum Amanda pergi dia sempat menyanyikan sebuah lagu yang diciptakannya khas buat Amanda, “Fly To You”. “Amanda, lagu ini saya ciptakan khas buat awak. Sedang awak jauh, dan teringatkan saya, awak panggillah nama saya. Tatkala itu juga saya akan pergi menemui awak,” Stephen teringat semula kata-katanya kepada Amanda. Sejak pemergian Amanda,Stephen tidak lagi menyentuh gitarnya. Dia sering mengunjungi pusara Amanda. Meletakkan bunga dan bersembahyang di pusara. Perlakuannya membimbangkan ibu dan bapanya. Mereka menasihati Stephen. Lama-kelamaan, Stephen beransur pulih. Dia mampu menerima kehilangan Amanda. Dia kembali memetik gitar, setelah sekian lama tidak bermain. Namun, dia tetap mencintai Amanda dan belum bersedia menerima mana-mana gadis lain untuk mengisi ruang hatinya yang sudah kosong. Dia teringat akan kata-kata ayah Amanda. “Stephen, pakcik lihat awak selalu juga pergi melawat pusara Amanda. Terima kasih Stephen,kerana masih ingat akan anak pakcik. Cuma, pakcik harap awak juga fikir akan kebahagiaan diri sendiri. Seberat-berat hati Stephen untuk melepaskan Amanda, berat lagi hati pakcik. Amanda sudah bahagia di sana. Lepaskanlah dia, Stephen.” kata ayah Amanda sambil memegang bahunya. Stephen hanya berdiam diri. Dia tidak menjawab kata-kata ayah Amanda. Sehelai daun kering menimpa rambut Stephen. Dia tersedar dari lamunannya. Sesaat, dia teringat kepada seseorang. Seseorang yang cuba menghadirkan diri dalam ruang hatinya. “ Amber, maafkan aku...” kata Stephen sendirian sambil menunduk perlahan.
Bersambung di Fragmen 7.

 Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik) (Fragmen 7)
Ramai orang di perpustakaan hari itu. Kebanyakannya adalah pelajar. Biasalah, minggu ini minggu ulangkaji. Peperiksaan pertengahan tahun akan bermula minggu depan. Para pelajar mengambil kesempatan ini untuk pergi ke perpustakaan. Belajar dan membuat perbincangan secara berkumpulan. Di samping itu, mereka juga mencari buku rujukan yang bersesuaian dengan topik. Di luar perpustakaan, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di tangga. Dia membaca sebuah buku. Matanya menyorot setiap catatan yang terdapat dalam buku itu. Sedang dia leka membaca, datang seorang gadis dari arah belakangnya. Gadis itu menepuk bahunya. “Ha, buat apa kat sini? Kenapa tak masuk dalam?” tanya gadis itu. Lelaki itu sedikit tersentak dengan tepukan itu. Dia menoleh ke belakang. “ Oh, kau Erina. Dalam banyak sangat orang. Kat luar ni seronok sikit. Rasa lebih tenang,” kata lelaki itu. “Alah, banyak kau punya alasan. Kau tak nak kat dalam sebab ada dia, kan?” Erina cuba mengusik lelaki itu. “Tak adalah,” jawab lelaki itu ringkas. Dia agak sedikit terganggu dengan pertanyaan itu. “Am, kau baca buku apa tu?” Buku yang dipegang oleh Am menarik perhatian Erina. Am menutup buku itu lalu memberikannya kepada Erina. Erina membaca tajuk buku itu. “Panduan menulis novel? Kau nak menulis novel ke, Am?” tanya Erina. Am tersenyum lalu mengangguk perlahan. “Wah, hebat! Daripada sajak beralih ke novel pulak,” kata Erina. “Aku nak cuba sesuatu yang baru. Bagi aku, novel itu sama juga seperti sajak. Ia adalah cerminan masyarakat,” jawab Am. “Betul, tu. Tak salah mencuba sesuatu yang baru. Am, novel pun novel jugak. Kau dah belajar ke? Minggu depan kita nak ujian,” tanya Erina. Erina memandang Am. Am mengatur cermin matanya. “Sudah,” kata Am. “Eh, Am! Marilah masuk dalam. Jangan seorang-seorang kat sini. Tak baik, nanti orang culik!” ajak Erina. “Tak apalah. Aku lebih suka kat sini. Err...Erina, buku aku,” kata Am sambil meminta bukunya kembali. “Kau nak buku ni, kau ikut aku masuk ke dalam. Marilah!” pujuk Erina lagi.
“Yalah, yalah,” kata Am. Akhirnya Am mengalah. Erina dan Am berjalan masuk ke dalam perpustakaan. Pintu perpustakaan dibuka. Erina memandang sekitar. Matanya melilau mencari seseorang. Di satu sudut seorang gadis sedang menulis. Sesaat, gadis itu berhenti menulis. Tangannya mula mengatur rambut. Erina tersenyum lebar. Erina memandang Am. “Jom, Am! Kita jumpa dia,” kata Erina. Dia menarik tangan Am. “Erina, aku..” perasaan malu tiba-tiba hadir dalam diri Am. Dia berasa serba salah. Erina terus menarik tangan Am, dan mereka berjalan menuju ke arah gadis itu.
Bersambung Fragmen 8.

Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik)(Fragmen 8)
Gadis itu mengatur rambutnya. Tak lama, dia merasakan ada derap tapak kaki menuju ke arahnya. Agak laju dan buru-buru. Gadis itu mendongakkan kepala. Dia terpandang Erina dan Am. Kelihatan, Erina memegang tangan Am. Tersedar, Erina melepaskan pegangan. Erina memandang wajah gadis itu. “Jasmine, ni aku bawa Am. Dia kata nak jumpa kau,” kata Erina. Erina memandang wajah Am. Dia mencubit lengan lelaki itu. Am terpinga-pinga dengan kata-kata Erina. “Err..tak...” belum sempat Am menghabiskan kata-katanya, sekali lagi Erina menyentuhnya. Kali ini ditepuk di belakang pula. Agak kuat sehingga Am hampir tertolak ke arah Jasmine. Tepukan yang kuat itu menarik perhatian orang di sekitar. Mereka berpaling ke arah Erina, Am dan Jasmine. Erina tersedar dengan perlakuannya. Dia segera menunduk dan meminta maaf. Erina memandang wajah Jasmine. Dia tersengih. Am semakin kurang selesa. Dia seperti ingin pergi dari situ. Tetapi, belum sempat dia berbuat demikian, kakinya telah dipijak oleh Erina. “Oh, Tuhan,”bisik Am sendirian. Bisikan Am itu menarik perhatian Jasmine. Dia memandang wajah lelaki itu. Jasmine tersenyum. “Duduklah,” pelawa Jasmine lembut. “Am, duduklah. Orang dah pelawa tu!” kata Erina kepada Am. Erina menyuruh Am duduk dekat dengan Jasmine. Dengan perlahan, Am duduk di kerusi. Am menyangka Erina akan duduk bersama dengan mereka. Namun, jangkaan Am meleset. Sebaliknya, Erina cepat-cepat beredar dari situ. Am menjadi kaku seketika. Sebelum pergi, Erina sempat melambai ke arah Am dan Jasmine. Erina membuat isyarat semoga berjaya kepada Am. Jasmine tersenyum lagi. Dia akhirnya ketawa kecil kerana tidak tahan melihat telatah Erina. Am memberanikan diri memandang wajah Jasmine. Jasmine, dengan rambut separas bahu. Wajah yang putih dan dagu yang belah. Sungguh cantik! Kata Am di dalam hati. Am rasa terpukau melihat kecantikan Jasmine. Tak lama, Jasmine memalingkan mukanya. Dia memandang wajah Am. Sesaat, mereka berbalas renungan. Jasmine tersenyum. Am tersipu malu. “Kenapa awak nak jumpa saya?” tanya Jasmine. Am rasa serba salah. Dia tidak tahu apa yang ingin diberitahu. Semua ini kerja Erina. “Huh...” Am mengeluh perlahan. Jasmine terdengar keluhan Am. “Erin usik awak, ya?” tanya Jasmine. Dia seperti tahu bahawa Erina yang merencanakan segalanya. Am terdiam. Dia cuba mencari jawapan yang sesuai. “Err...sebenarnya saya, sebenarnya saya nak belajar menulis daripada awak. Ya, belajar menulis,” akhirnya jawapan itu keluar dari mulut Am. Jasmine tersentak. Jasmine terdiam seketika.“Boleh, tapi saya nak awak hasilkan sebuah sajak untuk saya,”kata Jasmine. Sajak? Seakan teruja, Am mengangguk dan tersenyum. Dan, Jasmine membalas senyuman itu...
Bersambung Fragmen 9.

Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik) (Fragmen 9)
1...2...3...4...5...6...7...8...9...10...
1...2...3...4...5...6...7...8...9...10...
1...2...3...4...5...6...7...8...9...10...
“Huh...Huh...Huh...” Perlakuannya tiba-tiba terhenti. Dia menghentikan kiraan. Dia terduduk. Peluh menitik jatuh dari muka. Disapunya perlahan. Dia menundukkan kepalanya. Memandang lantai simen. Dia cuba untuk membuang kepenatan. Lama juga dia memandang lantai simen itu. Tak lama, kedengaran bunyi tapak kaki. Bunyinya semakin kuat dan menghampiri. Tertarik dengan bunyi itu, dia mendongakkan kepalanya. Dia terpandang satu susuk tubuh atletik di hadapannya. Lelaki itu tersenyum memandangnya. “Letih ke?” tanya lelaki itu. Dia hanya mengangguk perlahan. “Simon, ajar aku cara menumbuk.”  Tiba-tiba dia bersuara. Menyatakan hasratnya kepada lelaki itu. Spontan, Simon menghayunkan kedua belah tangannya dan melakukan aksi menumbuk. “ Ajar kau  cara menumbuk? Kau larat lagi ke? Penat betul kau aku tengok. Muka pun dah merah-merah,” ujar Simon. “ Larat lagi ni,” dia membalas kata-kata Simon. “Baiklah,” Simon menjawab lalu menghulurkan tangannya. Dia menyambut tangan Simon dan segera angkat. Kemudian, keduanya saling membuka baju dan meletakkannya di tepi. Gelagat mereka berdua menarik perhatian pengunjung taman tasik itu. Tidak lupa juga kepada dua orang gadis yang sedang lalu di hadapan mereka. “Wow...kau lihat tu,” kata salah seorang daripada gadis itu. Rakannya tersenyum dan kemudian tertawa kecil. “Mantapnya,” kata gadis itu lagi. Susuk tubuh Simon memang tegap dan cantik.Terutama pada bahagian perutnya yang berketul. Sifar lemak di situ. Dia pula sedikit kurus namun susuk tubuhnya masih menampakkan dirinya sebagai seorang petinju. Walaupun seakan menyedari diperhatikan oleh orang di sekeliling, mereka berdua tetap meneruskan latihan. Berlatih di luar, dengan udara petang yang menghembus lembut sememangnya memberikan pengalaman latihan yang berbeda. Lebih nyaman dan tenteram berbanding di dalam gim yang tertutup. Ini secara tidak langsung memberi kesan yang positif terhadap emosi petinju. Petang itu,mereka berlatih teknik tinju yang biasa dilakukan seperti tumbuk lurus (jab), tumbuk sauk (uppercut), dan tumbuk cangkuk (hook). “Ada caranya untuk memperkeras tinju atau pukulan. Semuanya dapat diperoleh dengan latihan yang rutin. Memiliki tinju atau pukulan yang keras tentunya akan meningkatkan kepercayaan diri kita saat hendak melakukan sparing.Kita akan yakin kalau lawan yang kita pukul akan terjatuh hanya dengan melakukan beberapa pukulan saja, tapi harus memiliki ketepatan target yang bagus dalam melakukan pukulan,” kata Simon. “Jadi, apa caranya?” dia bertanya.. “Macam yang kau biasa lakukan, ‘Push Up’. Lagi satu, memukul dinding,” kata Simon lagi. “Memukul dinding?”dia bertanya lagi. “ Ya, tapi bukan seperti hendak memukul orang. Hati-hati, boleh cedera tangan dibuatnya. Lakukan dengan perlahan-lahan tapi lakukan sampai berulang kali. Jangan terlalu perlahan juga, kau dapat mengatur kekuatannya sesuai kemampuan,” jelas Simon lagi. “Terima kasih, Simon. Kau banyak ajar aku,” dia berkata. “Alah, hal kecil itu.” kata Simon. Sesaat, Simon memandang mentari yang hampir melabuhkan tirai.  “Eh, dah lewat ni, hari pun dah semakin gelap. Jom, kita balik,” ajak Simon. Dia mengangguk perlahan, dan keduanya mula berjalan pulang dari taman tasik itu. Sepanjang perjalanan pulang itu, dia berfikir sesuatu. Dalam diam, dia amat mengagumi lelaki bernama Simon. Simon yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada dia. Dia, dia yang bernama Ronny Mark.
Bersambung Fragmen 10. Nantikan sambungannya...    

Cinta Adalah(Cintaku Ibarat Nota Muzik) (Fragmen 10)
Kristina melihat jam di pergelangan tangannya. Waktu sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Keadaan di dalam bilik kelas agak riuh. Namun begitu, agak terjaga. Tiada murid yang berjalan ke sana dan ke mari. Tetap juga mereka mengusik sesama sendiri. Hari ini perjumpaan Kelab Fotografi. Ramai juga yang datang, terutama ahli baru dari Tingkatan 1. Tidak lama, satu susuk tubuh masuk ke dalam kelas. Lelaki itu mengepit fail di tangannya. Dialah cikgu Stephen, guru penasihat Kelab Fotografi. Selain itu, dia juga membawa sebuah beg. Sejurus selepas Cikgu Stephen masuk ke dalam kelas, semua pelajar berdiri dan mengucapkan selamat petang. “Selamat petang, cikgu,” kata mereka. “Ya, selamat petang semua. Sila duduk,” jawab Cikgu Stephen.Kristina dan pelajar lain kemudiannya duduk. Cikgu Stephen melihat sekeliling. Ramai juga yang datang, fikirnya dalam hati. “Baiklah, cikgu ucapkan terima kasih kepada semua pelajar kerana ramai juga yang hadir hari ini. Dan cikgu harap ianya akan berterusan. Nama saya Cikgu Stephen. Mungkin tidak asing lagi bagi kamu di sini, tapi mungkin baru bagi adik-adik kamu di Tingkatan 1. Cikgu selaku guru penasihat untuk Kelab Fotografi. Dan ini, cikgu perkenalkan kamu kepada Kristina, pengerusi Kelab Fotografi,” Cikgu Stephen memperkenalkan pelajar lain kepada Kristina. Kristina berdiri dan memperkenalkan diri. “Hai, nama saya Kristina. Saya gembira awak semua memilih Kelab Fotografi. Harap kita dapat bekerjasama,” kata Kristina. Raut wajah Kristina yang menawan itu menarik perhatian ahli baru. Mereka tersenyum. Ada juga yang tertawa. Barangkali tujuan mereka memasuki Kelab Fotografi adalah kerana ingin bersua dan dekat dengan Kristina. “Baiklah Kristina, awak boleh duduk,”kata Cikgu Stephen. Kristina duduk semula. Cikgu Stephen mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Ianya adalah sebuah kamera. Kamera itu menarik perhatian pelajar baru. Bagi pelajar lama, mungkin mereka sudah biasa, namun hati tertarik juga. “Kristina, boleh awak datang ke depan dan bantu saya terangkan tentang kamera ini?” kata Cikgu Stephen. “Ya, boleh Cikgu,” Kristina bingkas dari tempat duduknya dan segera tampil ke depan. Cikgu Stephen menyerahkan kamera itu kepada Kristina. Kristina menyambut kamera itu. Kemudian, dia membelek-belek kamera itu. Dia memandang sekeliling. “Yang lain diam, dengar penerangan daripada Kristina. Kristina, teruskan,” kata Cikgu Stephen. Tidak lama, Kristina pun memberi penerangannya. “Ini adalah kamera DSLR Canon EOS 70D.Ia memiliki spesifikasi dan fitur yang sangat kompleks, dengan rekaan badan yang padat dan kukuh serta grip yang nyaman. Ia memberikan kenyamanan ketika digenggam. Kamera ini dilengkapi dengan Layar LCD variangel yang dapat diputar hingga 360 darjah sebesar tiga inci. Kamera ini juga dibekalkan dengan Prosessor Gambar DIGIC 5+ dan menggunakan sensor CMOS 22.5mm x 15.0mm, sehingga mampu menghasilkan gambar dan video dengan kualiti yang mengagumkan.Boleh saya cuba ambil gambar, Cikgu?” tanya Kristina kepada Cikgu Stephen. “Ya, silakan,” jawab Cikgu Stephen. Kristina kemudiannya menunjuk cara bagaimana menggunakan kamera DSLR Canon EOS 70D. Dia mengambil beberapa keping gambar. Perlakuan Kristina menarik perhatian ahli baru. Mereka tertarik dengan penerangan Kristina yang jelas dan lancar. Di samping itu, Kristina juga ada menunjuk cara bagaimana menggunakan kamera. Di akhir perjumpaan, Cikgu Stephen membuat sedikit pengumuman. “Baiklah, pertandingan fotografi akan bermula dua minggu dari sekarang. Diharap ahli kelab dapat membuat persediaan dan perancangan. Boleh dapatkan borang pertandingan daripada Kristina. Tiga pemenang akan mewakili pertandingan fotografi peringkat bahagian,” jelas Cikgu Stephen. Semua pelajar berpandangan sesama sendiri. Bagi mereka, inilah peluang untuk mencuba nasib di samping mengasah bakat. Kristina mengalihkan pandangannya kepada Cikgu Stephen. Dia dapat melihat kesungguhan di wajah guru muda itu. Dan, Kristina pun tersenyum.
Bersambung fragmen 11

Monday, November 23, 2015

Nota Buat Si Dia (Kepada Yang Belum Berpunya.)


Nota Buat Si Dia (Kepada Yang Belum Berpunya.)

Dalam mencari pasangan hidup, kita terkadang keliru milih. Adakah dia pilihan yang paling tepat? Bukan semua yang kita mahukan dalam hidup ini akan kita dapat. Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan. Begitu juga dalam mencari pasangan. Tentunya kita inginkan pasangan hebat, yang sentiasa menarik perhatian setiap kali kita menatapnya. Apa yang dicari oleh seseorang itu sebenarnya? Wajah yang tampan atau cantik? Personaliti? Kerjaya yang mantap? Penyayang dan memahami? Semua kualiti ini melengkapkan pencarian kita. Pernah kita melihat atau mendengar cerita di mana cinta seseorang lelaki itu ditolak oleh wanita? Tentu pernah bukan. Dan pastinya, cinta bukan paksaan menjadi alasan penolakan itu. Adakah lelaki perlu rasa kecewa malahan berdendam kepada wanita yang menolaknya? Selalu kita dengar wanita diganggu dan dikasari kerana menolak cinta lelaki yang ingin menjadikannya pasangan hidup. Wanita ini tentunya akan mengalami trauma dan gangguan emosi. Perlukah wujud paksaan? Jawapannya tidak. Kenapa? Kerana tugas lelaki adalah memikat dan wanita berhak untuk memilih.Itu sahaja.Jadi jangan penat mencuba.

Tuesday, November 17, 2015

Terima Kasih Cikgu (Jasamu Tetap Kukenang).Fragmen 1 dan 2


Terima Kasih Cikgu (Jasamu Tetap Kukenang).Fragmen 1
Cikgu Stephen melihat ruang bilik itu.Di dalamnya penuh dengan murid Tahun 6 dan ibu bapa mereka. Mereka saling berpelukan dan menangis. Ceramah motivasi yang diberikan oleh Cikgu Stephen menusuk ke dalam hati murid dan ibu bapa. Cikgu Stephen menjelaskan betapa pentingnya menghormati dan mendapat restu ibu bapa dalam hidup. Mereka yang berjaya adalah mereka yang direstui oleh ibu bapa. Seorang murid terkial-kial. Sesaat, ia menarik perhatian Cikgu Stephen. “Kenapa awak tidak pergi kepada ibu bapa awak?” tanya Cikgu Stephen. “Mereka tiada bersama dengan saya cikgu. Kedua-dua mereka telah meninggal dunia,”jawab murid itu. Cikgu Stephen tersentap mendengar kata-kata murid itu. Tidak lama, Cikgu Stephen mengusap kepala murid itu dan membisik lembut kepadanya. “Jadi, pilihlah salah seorang daripada kalangan ibu bapa di sini dan peluklah mereka dengan dengan erat.Pergilah,”kata Cikgu Stephen. Tanpa berfikir panjang murid itu segera mendapatkan seorang  ibu daripada kalangan ibu yang ada di situ. “Boleh saya peluk makcik? Saya tiada sesiapa lagi. Saya ingin  restu makcik untuk lulus dalam ujian,”kata murid itu.Matanya bergenang. Ibu itu terus mengangguk dan memeluk erat murid itu. Keduanya menangis. Ibu itu sempat memberitahu sesuatu kepada murid itu.”Banggakanlah kedua ibu bapa kamu walaupun mereka telah tiada kerana mereka sentiasa memerhatikan kamu dari syurga.” Ibu itu kemudiannya melihat Cikgu Stephen sambil tersenyum.Cikgu Stephen membalas senyumannya. Dan, murid itu masih lagi memeluk ibu itu dengan erat.Seakan dia tidak mahu melepaskan.Seakan dia ingin terus merasa hangat kasih dan pelukan seorang ibu yang telah lama dia rindukan. Cikgu Stephen melihat wajah guru-guru di dalam bilik itu. Guru-guru tidak dapat menahan air mata. Setabah mana seorang cikgu, jatuh juga air mata menuruni pipi. Cikgu Stephen mengusap kepalanya dan menghela nafas panjang.Nyata kedatangannya ke sekolah ini tidak sia-sia.Harapannya cuma satu, agar perkongsiannya ini  menjadi bekalan untuk murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Baginya,dia hanyalah seorang guru yang berkongsi ilmu, yang menjadikan keputusan yang hebat adalah mereka sendiri.Akhirnya, tanpa disedari matanya juga bergenang.Dia tidak menyekanya.Biarlah ianya menitis.

Terima Kasih Cikgu (Jasamu Tetap Kukenang).Fragmen 2
Cikgu Stephen sedang mengemaskan buku di rak mejanya. Keputusan UPSR baru saja diumumkan pagi tadi. Keadaan petang itu masih belum lengang.Masih ada ibu bapa yang berbual dengan para guru berkenaan dengan keputusan anak mereka. Cikgu Stephen rasa begitu gembira melihat keadaan itu. Begitulah hubungan di antara ibu bapa dengan para guru di sekolah itu. Amat rapat.Mereka saling berhubung dan berbincang terutama mengenai prestasi anak-anak mereka. Sesaat, Cikgu Stephen teringat kepada seorang murid sewaktu ceramah motivasi dan kesedaran Tahun 6 di salah sebuah sekolah yang dilawatinya dahulu. Seorang anak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya.Dan bagaimana dia menyuruh murid itu memilih salah seorang ibu bapa dalam kalangan mereka yang ada di situ dan memeluknya. Dan murid itu telah memilih seorang ibu.Ibu itu memeluk murid itu dengan erat  dan keduanya sama-sama menangis.Hati Cikgu Stephen terusik.Dia pun tertanya-tanya berapa keputusan yang murid itu dapat. Tidak lama, kedengaran ketukan di pintu. Seorang anak murid dan seorang tua tercegat di pintu. Cikgu Stephen berpaling. Anak murid itu memandang Cikgu Stephen dan terus meluru masuk.Di tangannya digenggam kemas slip keputusan peperiksaan UPSR.Lama Cikgu Stephen berfikir, akhirnya menyedari bahawa itulah murid yang dinasihatinya semasa ceramah motivasi itu. “Bagaimana awak kemari?,” Cikgu Stephen yang kehairanan bertanya. “Saya jelaskan semuanya kepada datuk.Saya yang ajak datuk cari cikgu,”kata anak murid itu.Cikgu Stephen memandang orang tua itu.Jelas garisan usia di wajahnya. “Ya,Cikgu.Dia yang berkeras nak jumpa Cikgu.Kami bertanya kepada guru di sekolah bagaimana cara untuk pergi ke sini.Katanya ada sesuatu hendak diberitahu dengan Cikgu,”kata orang tua itu. Murid itu kemudiannya menyerahkan slip keputusan UPSRnya kepada Cikgu Stephen.Cikgu Stephen dengan perlahan mengambil dan matanya menyorot satu-persatu keputusan itu.Selesai membaca dia melihat wajah anak murid itu dan kemudian mengusap kepalanya.Anak murid itu tersenyum sambil menampakkan baris giginya yang tersusun rapi. Akhirnya keduanya sama-sama tertawa.Orang tua itu tersenyum puas.Dia tidak mampu menahan air mata. Ibu bapa yang ada di situ bertepuk tangan. Sekilas, Cikgu Stephen melihat mutiara kata yang diselitkan di atas meja.Mutiara kata yang selama ini menjadi pegangannya.Kata-kata terakhir daripada mendiang Guru Besar Matthew kepadanya sebelum meninggal dunia.“Ingat Stephen, silap seorang doktor mati seorang pesakit.Silap seorang guru musnah satu generasi.”Itulah kata-kata Guru Besar Matthew yang tetap diingatinya sehingga kini.Selamanya...

Tamat


p/s: Hari ini keputusan UPSR.Tahniah kepada murid yang berjaya.Yang tidak berjaya cuba lagi.Segalanya belum berakhir kerana ini baru permulaan... :)

Friday, November 13, 2015

Lari Nail Lari (Pejuang) Akan Datang Menemui Pembaca


Kepada pembaca yang pernah membaca cerita Lari Nail Lari (Di Penghujung Waktu) tentu sudah tahu pengakhiran ceritanya.Nail mati dalam letupan kereta yang didalangi oleh kumpulan elit bersut hitam. Siapakah Nail sebelum dia mengenali Christine Christina? Nail merupakan seorang rekrut tentera yang bertugas di luar negara. Penderitaan semasa peperangan dan kehilangan rakan seperjuangan terutamanya ketua platunnya Lieutenant Lawrence dalam satu serangan oleh musuh. Kesan daripada peperangan itu, Nail mengalami trauma peperangan yang serius sehingga disahkan menghidap penyakit Post-traumatic stress disorder (PTSD).Nantikan Lari Nail Lari (Pejuang) yang akan menemui pembaca tidak lama lagi yang akan memaparkan kehidupan Nail sebagai seorang tentera.Sebuah cerita yang penuh dengan penderitaan dan harapan. Selamat membaca.
p/s : Saya menerima pelbagai reaksi dan maklum balas daripada pembaca.Rata-rata menginginkan watak Nail dihidupkan semula dan dia tidak seharusnya mati dalam letupan kereta. Terima kasih di atas reaksi dan maklum balas daripada pembaca.Imbas kembali ini sekurang-kurangnya mengubat rindu pembaca terhadap watak Nail. :)


Di bawah adalah serba sedikit penerangan tentang Post-traumatic stress disorder (PTSD iaitu penyakit yang dihidapi oleh Nail dalam cerita Lari Nail Lari (Pejuang).Diharap pembaca mendapat serba sedikit maklumat tentang watak dan perwatakan Nail.
Post-traumatic stress disorder (PTSD) is a mental health condition that's triggered by a terrifying event — either experiencing it or witnessing it. Symptoms may include flashbacks, nightmares and severe anxiety, as well as uncontrollable thoughts about the event.
Many people who go through traumatic events have difficulty adjusting and coping for a while, but they don't have PTSD — with time and good self-care, they usually get better. But if the symptoms get worse or last for months or even years and interfere with your functioning, you may have PTSD.
Getting effective treatment after PTSD symptoms develop can be critical to reduce symptoms and improve function.
Post-traumatic stress disorder symptoms may start within three months of a traumatic event, but sometimes symptoms may not appear until years after the event. These symptoms cause significant problems in social or work situations and in relationships.

PTSD symptoms are generally grouped into four types: intrusive memories, avoidance, negative changes in thinking and mood, or changes in emotional reactions.

Monday, September 28, 2015

Dalam Perhubungan...


Tuesday, September 22, 2015

Pujaan Hati (Kenangan Terindah) Fragmen 1



Pujaan Hati (Kenangan Terindah) Fragmen 1

Cruz melihat wajah Judd lama-lama. Diperhatikannya riak wajah sahabatnya itu. Judd menunduk.Jemarinya bermain dengan straw minuman. Fikiran Judd menerawang. Sesaat, Judd sedar dia diperhatikan. Spontan, dia menyedut air minumannya. Kemudian, dia menggaru kepala.Aish, boleh ‘kantoi’ pula fikirnya. Cruz tersenyum. Tidak lama, Cruz tertawa kecil. Cruz seperti faham apa yang bermain di kotak fikiran sahabatnya itu. “Dah beritahu dia?” tanya Cruz. Judd menggeleng perlahan. Dia mengusap rambutnya. “Judd, mencintai seseorang perlukan keberanian.Kita perlu berani untuk berterus terang.”Cruz memegang bahu Judd. “Tapi, aku takut kepada penolakan Cruz,” kata Judd. “Judd, kita sebagai lelaki harus bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan,” jelas Cruz. “Maksud kau?” tanya Judd. “Judd, tugas lelaki adalah memikat dan wanita berhak untuk memilih. Asalkan kita sudah berterus terang, sekurang-kurangnya dia teruja dengan keberanian kita walaupun akhirnya kita tetap ditolak,” kata Cruz lagi. “Tugas lelaki adalah memikat, dan wanita berhak untuk memilih.Kata-kata itu hebat Cruz.Mana kau dapat?”tanya Judd. “Aku ambil dari novel.Dah, jangan kau fikir lagi.Habiskan minuman kau tu.Malam ni kau mimpi yang baik-baik.Esok, aku aturkan masa agar kau dapat bersama dengan dia.Waktu tu kau luahkan apa yang terbuku dalam hati kau, okay?” Rangsang Cruz. “Terima kasih Cruz,” kata Judd. Cruz menepuk bahu sahabatnya itu. Kasihan dia melihat Judd. Walaupun dalam diam Cruz tahu gadis itu menyukai dirinya, namun demi sahabat baiknya itu, Cruz sedia berundur.Ada alasan kukuh untuk dia berbuat begitu.Jangan risau Judd, aku akan satukan kamu berdua, bisik hatinya.

Bersambung...


Saturday, September 12, 2015

Antara Dua Buah Desa


Adakah penantian itu memberikan harapan,
Atau sekadar satu penyiksaan?

Antara DUA Buah Desa~


Aku tetap di sini,
di kerusi ini,
menunggu mu...
berteman bebunga dan dedaun gugur,
sehingga aku tiada...
bisakah aku bertemu dengan mu?
Tetap menunggu,
Sehingga aku tiada.
Dan, kau...
Akan kembali, bukan?

Wednesday, September 9, 2015

Sahabat Sejati (Makna Sebuah Persahabatan)


Sahabat Sejati (Makna Sebuah Persahabatan)
Sahabat.Keberadaan seorang sahabat sejati begitu penting dalam hidup ini. Amat tidak mudah untuk kita menemukan seorang yang pantas untuk dijadikan sahabat sejati daripada sekian banyak teman yang kita ada.Sahabat sejati adalah sahabat yang tidak punya hati nurani untuk menusuk dari belakang atau menjadi duri dalam daging dan tidak memiliki rasa iri dan dengki.Saling memberi dan saling menerima. Namun, terkadang wujud juga salah faham dan pertelingkahan. Apa yang harus dibuat? Saat kita sunyi sendiri dan menyesali perbuatan, renunglah foto lama. Di dalamnya masih lagi tersimpan senyuman yang memaknakan persahabatan.Dan fragmen-fragmen kenangan indah yang retak akan bercantum kembali.Cubalah... ;)

Monday, September 7, 2015

Terima Kasih Cikgu


Terima Kasih Cikgu

Cikgu Stephen melihat ruang bilik itu.Di dalamnya penuh dengan murid Tahun 6 dan ibu bapa mereka. Mereka saling berpelukan dan menangis. Ceramah motivasi yang diberikan oleh Cikgu Stephen menusuk ke dalam hati murid dan ibu bapa. Cikgu Stephen menjelaskan betapa pentingnya menghormati dan mendapat restu ibu bapa dalam hidup. Mereka yang berjaya adalah mereka yang direstui oleh ibu bapa. Seorang murid terkial-kial. Sesaat, ia menarik perhatian Cikgu Stephen. “Kenapa awak tidak pergi kepada ibu bapa awak?” tanya Cikgu Stephen. “Mereka tiada bersama dengan saya cikgu. Kedua-dua mereka telah meninggal dunia,”jawab murid itu. Cikgu Stephen tersentap mendengar kata-kata murid itu. Tidak lama, Cikgu Stephen mengusap kepala murid itu dan membisik lembut kepadanya. “Jadi, pilihlah salah seorang daripada kalangan ibu bapa di sini dan peluklah mereka dengan dengan erat.Pergilah,”kata Cikgu Stephen. Tanpa berfikir panjang murid itu segera mendapatkan seorang  ibu daripada kalangan ibu yang ada di situ. “Boleh saya peluk makcik? Saya tiada sesiapa lagi. Saya ingin  restu makcik untuk lulus dalam ujian,”kata murid itu.Matanya bergenang. Ibu itu terus mengangguk dan memeluk erat murid itu. Keduanya menangis. Ibu itu sempat memberitahu sesuatu kepada murid itu.”Banggakanlah kedua ibu bapa kamu walaupun mereka telah tiada kerana mereka sentiasa memerhatikan kamu dari syurga.” Ibu itu kemudiannya melihat Cikgu Stephen sambil tersenyum.Cikgu Stephen membalas senyumannya. Dan, murid itu masih lagi memeluk ibu itu dengan erat.Seakan dia tidak mahu melepaskan.Seakan dia ingin terus merasa hangat kasih dan pelukan seorang ibu yang telah lama dia rindukan. Cikgu Stephen melihat wajah guru-guru di dalam bilik itu. Guru-guru tidak dapat menahan air mata. Setabah mana seorang cikgu, jatuh juga air mata menuruni pipi. Cikgu Stephen mengusap kepalanya dan menghela nafas panjang.Nyata kedatangannya ke sekolah ini tidak sia-sia.Harapannya cuma satu, agar perkongsiannya ini  menjadi bekalan untuk murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Baginya,dia hanyalah seorang guru yang berkongsi ilmu, yang menjadikan keputusan yang hebat adalah mereka sendiri.Akhirnya, tanpa disedari matanya juga bergenang.Dia tidak menyekanya.Biarlah ianya menitis.
Tamat.

p/s: Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2015 kepada semua murid Tahun 6 esok. ;)


Gambar:Gambar hiasan

Sunday, September 6, 2015

Pergilah Dandelion (Hidup Ini Adalah Perantauan)



Pergilah Dandelion (Hidup Ini Adalah Perantauan)
Ada orang dalam hidupnya suka merantau. Mencari pengalaman dan meneroka persekitaran yang baharu. Tiada yang menghalang. Pergilah melata ke mana sahaja. Pergilah ke mana yang anda suka. Asal tahu akar umbi diri. Tunjang yang perlu dipasak kuat di dalam diri. Sebab itulah mungkin ada yang berkata hidup di tempat yang dugaannya lebih besar dan di sekelilingnya mencabar keimanan; akan melahirkan orang yang lebih kuat dalam mendepani dugaan berbanding orang yang sentiasa dilimpahi persekitaran yang aman dan dugaan-dugaan kecil. Pun; kalau orang itu kuat imannya dalam menepis petaka malang yang menjarah diri.
Jadilah seperti dandelion. Dihembus orang terbang bebas ke pelusuk, akhirnya tumbuh menjadi yang baru; lebih baik dan penuh pengalamannya. Begitu juga dengan kita. Lewat diri mengerti bahawa kita perlu sentiasa sedar akan asli diri yang tidak pernah pudar.

p/s : kata-kata dipetik daripada seorang blogger yang kini menyepi...

Thursday, September 3, 2015

Mencari Diri



Ketika aku masih kecil...suatu hari, menunggang basikal hijau yang biasa aku gunakan, aku berfikir : sejauh mana aku boleh pergi tanpa berpatah balik? 

Mencari diri. Pernahkah kita terfikir untuk mencari diri? Meneroka setiap ruang dalam diri kita, menemukan sesuatu yang terisi, sarat dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Atau menemukan sesuatu yang kosong, sunyi dan terasing.Akhirnya, kita sedar akan kekurangan dan kelemahan diri sendiri.
Wujudkah perbezaan di antara sesuatu yang akan lenyap dengan sesuatu yang tidak pernah wujud? Jawapannya, ya. Ringkas dan asas. Ia ada di dalam hati kita.

Neon Kotaraya (Fragmen 1-2)


Neon Kotaraya (Fragmen 1-2)
Fragmen 1
Irvine Kingston ~ dengan langkah malas, aku ambil kunci 'bike'.aku ronda-ronda kota raya.tadi petang, main gitar saja kerja aku. cari 'mood',nak gubah lagu, tapi ilham tak muncul-muncul lagi.kota raya disimbahi cahaya neon.anak-anak muda memenuhi ruang disko.sesak.mereka menari ligat.ada yang menjerit.menggoyang kepala, mengikut rentak muzik.Kelihatan, seorang gadis meliuk lentuk dalam dakapan seorang lelaki.Seperti sudah banyak dia minum.Lelaki itu pula tersengih. melirik. matanya menakal.Seorang lelaki di tepinya, tertawa, dan kemudian memuncungkan bibir.Barangkali rakannya.Anak muda, darah muda.Keliru milih terkadang.Bingit.Kenapa aku ke sini? kerana malam masih muda?



Fragmen 2
Melanie Stewart ~ aku baru terjaga. kepalaku masih berat. seperti tidak terdaya untuk bangun.saat membuka mata, aku mendapati diriku di dalam bilik tidur. aku lihat luas dan mewah, seperti apartment. antara sedar atau tidak peristiwa semalam, yang aku ingat aku pergi ke disko bersama Sarah dan kawan - kawannya, kami minum dan kemudian menari.banyak juga aku minum.aku lihat tubuhku dibaluti gebar.perlahan, aku menarik gebar, dan kemudian aku segera faham.seketika, mataku terpandang sekeping nota di tepi jam meja. [Terima kasih.awak hebat malam tadi.Oh ya, jangan lupa kunci pintu] Dan di atas nota itu terdapat beberapa not duit. 'Damn'...

Bersambung...

Sunday, August 30, 2015

Perahu Timun Iban : Watak dan Perwatakan Aki Suki


Perahu Timun Iban : Watak dan Perwatakan Aki Suki

Di dalam cerita Perahu Timun Iban, Aki Suki digambarkan sebagai watak utama dan protagonis.Berusia dalam lingkungan 70-an, Aki Suki mempunyai seorang isteri yang bernama Ini Suki.Aki Suki dan Ini Suki mempunyai seorang anak perempuan bernama Suri. Suri ialah satu-satunya anak mereka. Kematian Suri setelah meminum racun akibat perbuatan Sempurai yang menggilai perempuan lain telah memberi kesan yang amat besar kepada Aki Suki dan Ini Suki.Aki Suki amat kehilangan Suri. Kematian Suri adalah kerana perbuatan Sempurai.Aki Suki sedaya mampu menahan kesedihannya sewaktu hari pengebumian Suri. Sempurai memeluk kaki Aki Suki sambil menangis dan meraung.Dia meminta ampun di atas segala dosa yang telah dia lakukan kepada Suri. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bencinya Aki Suki kepada Sempurai. Kalau dia tidak mampu menahan rasa marahnya pada hari itu,sudah pasti dibunuhnya Sempurai. Namun, Aki Suki juga seorang pemaaf.Perasaan marahnya kendur terhadap Sempurai apabila melihat Sempurai sudah menjadi tidak siuman setelah kematian Suri.Sempurai ketawa, menangis, dan bercakap sendirian.Lama-kelamaan dia simpati melihat Sempurai. Dia akhirnya membawa Sempurai berubat dengan Aki Kilat, seorang manang atas cadangan Apai Kelabu.Dalam kerasnya hati Aki Suki wujud juga kelembutannya. Apa yang menjadi sebab Aki Suki mampu memaafkan Sempurai hanyalah satu, iaitu Suki.Aki Suki tidak mampu menahan kesedihannya ketika melihat wajah Suki.Di wajah Suki terpancar kasih sayang dan pengorbanan Suri. Sukilah satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh Suri kepadanya. Suki suka sangat makan timun iban bergaul garam kasar. Apa yang ditunggu oleh Suki ialah perahu timun iban iaitu timun yang dikeluarkan isinya dan membentuk seperti perahu.Aki Suki senyum sendiri melihat Suki tidak sabar-sabar menanti perahu timun iban.Di sini jelas sifat penyayang dan ambil berat dalam diri Aki Suki.Aki Suki tidak mahu menghampakan harapan Suki walaupun hanya cuma perahu timun iban.Aki Suki juga mengharapkan kepulangan Sempurai setelah lelaki itu lama tidak balik ke kampung menjenguk Suki setelah mendapat pekerjaan di bandar.Sekali lagi air matanya menitis mengenangkan sikap Sempurai.Aki Suki ditegur oleh Suki.Aki Suki cuba menyembunyikan keadaan.Jelas di sini Aki Suki tidak mahu Suki melihat kesedihan di wajahnya. Biarlah Suki dilimpahi rasa gembira tanpa perlu berfikir apa-apa yang merunsingkan hati. Itulah Aki Suki, seorang tua yang sentiasa tabah dalam hidupnya dan sedaya mampu menyembunyikan kesengsaraan.Seluruh hidupnya kini adalah untuk Suki, biarpun suatu hari nanti Suki akan meninggalkannya kerana dia tetap menunggu meski esok bukan miliknya.Adakah watak Aki Suki akan dimatikan akhirnya untuk menamatkan penderitaannya? Nantikan fragmen terbaru Perahu Timun Iban. ;)

Seorang tua dalam gambar.Gambaran penulis tentang Aki Suki.Sekadar gambar hiasan.

Friday, August 28, 2015

Boneka Untuk Cikgu.Sipnosis.

Boneka Untuk Cikgu

Boneka Untuk Cikgu
Sipnosis : Boneka Untuk Cikgu. Boneka Untuk Cikgu mengisahkan tentang seorang guru muda yang dihantar bertugas ke sebuah kawasan pedalaman. Di sana, dia bertemu dengan seorang murid yang gagap dan istimewa. Dan kerana kegagapannya dia menjadi pendiam akibat malu diejek oleh kawan-kawannya. Keadaan keluarga murid itu juga tidak menentu. Ayahnya seorang pemabuk dan sering memukul ibunya. Bagaimana guru muda ini dapat membantu murid ini? Semuanya dalam Boneka Untuk Cikgu. Bonek
a Untuk Cikgu sarat dengan nilai murni dan pengajaran. “Silap seorang seorang doktor, mati seorang pesakit. Silap seorang guru, musnah satu generasi.”Kepada semua guru, nantikan cerita ini. Akan menemui anda esok. Selamat membaca.
p/s : A good teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning.